back somersault 1 twist | terjun belakang kuang 1 twis | Sukan | Terjun | Terjun belakang dengan sekali kuang, sekali twis, dan kaki mencecah air dahulu. |
inward somersault 1 twist | terjun dalam kuang 1 twis | Sukan | Terjun | Terjun dalam, dengan sekali kuang, sekali twis, dan kaki mencecah air dahulu. |
reverse somersault 1 twist | terjun songsang kuang 1 twis | Sukan | Terjun | Terjun songsang dengan sekali kuang, sekali twis, dan kaki mencecah air dahulu. |
forward somersault 1 twist | terjun depan kuang 1 twis | Sukan | Terjun | Terjun depan dengan sekali kuang, sekali twis, dan kaki mencecah air dahulu. |
armstand forward somersault 1 twist | terjun dirian tangan depan kuang 1 twis | Sukan | Terjun | Terjun dirian tangan depan dengan sekali kuang, sekali twis, dan tangan mencecah air dahulu. |
diurnal tide | pasang surut harian | Sains Marin | Tiada | Pasang surut yang berlaku sekali air pasang dan sekali air surut dalam sehari. Keadaan ini hanya berlaku di beberapa perairan laut seperti di Laut Jawa, negara Mexico, China dan Vietnam. |
lumpsum pawn redeemtion | penebusan gadaian sekali gus | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses pengambilan semula barang gadaian oleh penggadai dengan cara membuat pembayaran sekali gus pada akhir tempoh matang gadaian. Penebusan dilakukan dengan melunaskan pinjaman serta membayar semua upah simpan dengan sekali bayaran sahaja. |
one-off budget | belanjawan sekali beri | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Peruntukan kewangan yang hanya diberikan sekali sahaja bagi sesuatu tujuan. Ia tidak berkala seperti bulanan, tahunan atau dwi tahunan. Biasanya belanjawan seperti ini digunakan untuk perbelanjaan yang tidak tetap, tidak berulang dan bersifat hangus. Belanjawan ini biasanya diberikan pada awal tahun dan salah satu cara ia digunakan ialah untuk membeli alat perkakasan dan perabot pejabat. |
carry | sekali sentuh | Sukan | Tiada | Keadaan apabila bola yang tersentuh lama dengan raket dan ini tidak dibenarkan. Bola hanya boleh mengenai muka raket sekali sahaja. |
Write Once Read Many (WORM) | Tulis Sekali Baca Banyak (WORM) | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah penyimpanan data dalam peranti storan yang hanya boleh dirakam sekali sahaja tetapi boleh dibaca banyak kali. Kawasan peranti storan yang telah digunakan untuk rakaman tidak boleh dipadam atau dirakam semula. Contoh peranti storan adalah seperti Ingatan Baca Sahaja (ROM), CD-ROM dan CD-R. |