Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sekali juga (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Kereta baru lembu pun baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berkenal biasa.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sekali dipatuk ular,
     tali pun ditakutkannya juga.

Bermaksud :

Orang yang telah pernah menderita kesusahan (kecelakaan), maka berhati-hatilah ia dalam semua gerak-gerinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali tersengat, selalu beringat).

 

Lihat selanjutnya...(6)

423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
industrial momentummomentum perindustrianGeografiTiadatetapi juga menambahkan kepentingannya setelah keadaan asal yang mempengaruhi pertumbuhannya di kawasan tersebut telah berubah, tidak lagi penting atau pun hilang sama sekali.
masculine endingakhiran ekasukuKesusasteraanPuisiPemilihan diksi atau kata yang digunakan di hujung setiap baris, rangkap ataupun puisi. Umpamanya berakhir dengan kata yang, pun, sah, tak, dan, kau, nun dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam penciptaan puisi Melayu, kata-kata yang terdiri daripada ekasuku ini jarang-jaranz sekali digunakan di akhiran. Contohnya, puisi ''Musim Bah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz.
masculine rhymerima ekasukuKesusasteraanPuisiRima yang terbentuk kesan daripada penggunaan diksi atau kata yang terdiri daripada ekasuku. Umpamanya penyair menggunakan kata jam, bah, pun, nun, yang, tak ,Jin dan lain� lain sama ada dalam baris mahupun di akhir baris sesebuah sajak. Namun dalam proses penciptaan sesebuah puisi itu, penyair jarang sekali menggunakan kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu bagi tujuan memunculkan unsur rima sama ada di tengah atau di akhir. Tambahan pula dalam kosa kata bahasa Melayu kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu jumlahnya amat kecil.
anti-knock agentagen antiketukKejuruteraanPetroleumSebatan kimia yang apabila sedikit sahaja dicampurkan kepada suapan bahan bakar bagi enjin pembakaran dalam akan mempunyai sifat penindasan ketukan yang lebih baik. Sifat ini terjadi disebabkan oleh peningkatan pengkadaran oktana bahan bakar dalam nilai yang besar apabila sedikit sahaja sebatian kimia tersebut dicampurkan ke dalam bahan bakar. Dengan demikian, pembakaran bahan bakar tersebut akan lebih sempurna dan letupannya pun akan berkurangan atau musnah sama sekali.

Kembali ke atas