resin | damar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Eksudat yang diperolehi daripada pokok-pokok kayu terutamanya daripada famili Dipterocarpaceae. Damar ini tidak sekeras kopal, dan contoh yang paling penting ialah damar penak daripada pokok cengal, Neobalanocarpus hemii, dan damar kucing yang diperolehi daripada genus Hopea. Bahan ini banyak digunakan sebagai varnis dan gegala. |