Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekitarnya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
equatorial troughpalung khatulistiwaSainsHidrometeorologiPalung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas.
thermaltermaSainsTiadaIsi padu udara yang mempunyai keapungan disebabkan ketumpatannya rendah berbanding dengan sekitarnya dan oleh itu ia membumbung. Terma terhasil dalam keadaan pemanasan suria yang kuat di atas tanah dan mengakibatkan kadar tukaran adiabatik di aras bawah. Terma yang kuat bercenderungan berlaku di wilayah yang permukaan buminya lebih panas daripada kawasan sekitarnya; cerun yang menghadap matahari dan bandar merupakan sumber terma yang diakui oleh penerbang gelungsur. Terma terdapat di awan kumulus walaupun selalu wujud tanpa bukti. Cerapan menunjukkan pola tipikal gerakan udara dalam suatu terma ialah halaju menegak maksimum berlaku dalam teras pusat bersama dengan gerakan peredaran (gelang vorteks) menuju ke salah satu tepi terma. Terma membesar apabila bahagian depannya bercampur dengan udara sekitarnya dan kemudian bercampur dengan udara di belakangnya. Jadi, kelebihan suhu dan keapungan terma nisbi terhadap sekitarnya berkurangan secara janjangan.
endocytosisendositosisPerubatanTiadaProses pengambilan bahan oleh sel dari sekitarnya melalui pembentukan vesikel yang membrannya berasal daripada membran sel yang berkenaan.
nuclear atomatom nukleusKejuruteraanTiadaNukleus atom tanpa elektron di sekitarnya.
stripped atomatom lucutKejuruteraanTiadaNukleus atom tanpa elektron di sekitarnya.
microclimatemikroiklimBotaniTiadaFaktor persekitaran dalam kanopi tanaman dan di sekitarnya yang dipengaruhi oleh suhu, cahaya, kelembapan relatif, pergerakan udara dan kepekatan karbon dioksida. Faktor-faktor ini akan mempengaruhi proses pertumbuhan, fisiologi dan biokimia tanaman yang seterusnya mempengaruhi keseluruhan perkembangan tumbuhan berkenaan.
troughpalungSainsHidrometeorologiBahagian atmosfera yang tekanannya rendah berbanding dengan tekanan sekitarnya pada aras yang sama. Pada carta sinoptik palung diwakili oleh sistem isobar yang hampir selari atau kontur yang hampir berbentuk V dan mencekung ke arah lekukan.
principal axis of inertiapaksi utama sifatekunMekanikGunaanPaksi yang di sekitarnya hasil darab sifatekun bagi jasad adalah sifar. Momen sifatekun di sekitar paksi-paksi ini dinamai momen sifatekun utama. Paksi berkenaan merupakan paksi simetri bagi elipsoid sifatekun. Lihat juga elipsoid sifatekun.
pivot pincemat pangsiKejuruteraanTiada1. Aci tegak atau condong yang di sekitarnya pasangan roda terkemudi terpangsi. Sinonim: cemat agung; cemat sendi buku.,2. Sebarang aci yang digunakan sebagai pangsi atau engsel.
upper landlahan atasLandskapTiadaKawasan yang berkedudukan lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya.
123456789

Kembali ke atas