Istilah Bahasa Melayu
drama in education | drama dalam pendidikan | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Teknik lakonan yang digunakan sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran. 2. Pementasan yang berfungsi untuk mendidik atau memberikan pengajaran kepada pelajar sekolah. |
bespeaking books | buku tempahan | Perpustakaan | Tiada | 1. Buku yang dikembalikan oleh peminjam lain, dan diasingkan untuk dipinjamkan kepada peminjam yang telah menempahnya dalam jangka masa tertentu.,2. Satu daripada kumpulan buku yang diasingkan dan ditahan daripada edaran umum, khususnya untuk keperluan bacaan di kolej atau sekolah. |
precinct | kawasan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu bahagian dari wilayah atau daerah kecil yang mempunyai sempadan yang jelas, dibahagi berasaskan fungsi pentadbiran, seperti kawasan pilihan raya, kawasan pengawasan polis atau kawasan mukim pentadbiran penghulu. Terdapat beberapa kawasan dalam satu wilayah yang lebih besar yang dibahagi mengikut fungsi pentadbiran ini yang lerletak bersebelahan atau berdekatan antara satu dengan yang lain. Satu kawasan ini mempunyai penduduk, sekolah, tempat ibadat, pasar dan kawasan perniagaannya sendiri. Contohnya, bangunan pentadbiran utama termasuk Pejabat Perdana Menteri terletak dalam Presint 1 Putrajaya. |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close