non-contact sexual abuse | penderaan seksual tanpa sentuh | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan seksual yang dilakukan oleh seseorang terhadap mangsa dengan sengaja tanpa melibatkan sentuhan fizikal. Perbuatan ini dilakukan dengan cara visual, lisan dan dalam talian dengan tujuan untuk mendapatkan kepuasan seksual. Contohnya, pengantunan seksual dalam talian, mendedahkan alat sulit, menunjukkan isyarat berunsur seksual dan menunjukkan gambar pornografi kepada mangsa. |
sexual dysfunction | disfungsi seksual | Psikologi | Psikologi Umum | Masalah berkaitan dengan tingkah laku seksual yang boleh menimbulkan pelbagai kecelaruan psikologi. Menurut pakar psikologi, terdapat empat jenis masalah disfungsi seksual, iaitu kecelaruan nafsu, kecelaruan bangkitan, kecelaruan orgasma dan kecelaruan kesakitan seksual. Dalam kecelaruan nafsu, individu tidak menunjukkan minat yang tinggi terhadap seks. Mereka yang mengalami masalah bangkitan pula mungkin mempunyai nafsu tetapi sukar dirangsangkan. Kecelaruan orgasma dialami oleh individu yang mengalami ejakulasi yang terlalu cepat atau langsung tidak mengalami orgasma. Individu yang mengalami kecelaruan kesakitan seksual pula biasanya akan mengalami rasa sakit semasa bersenggama sehingga membuatkan mereka tidak selesa atau menyukarkan hubungan seksual. |
sexual assault | amang seksual | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan seseorang yang sengaja menyentuh orang lain secara seksual tanpa kerelaan mangsa, atau perbuatan memaksa mangsa secara fizikal untuk melakukan perbuatan seksual yang bertentangan dengan kehendak mangsa tersebut. Sinonim serangan seksual. |
propagation | pembiakan | Pertanian | Agronomi | Proses penggandaan tanaman secara seksual atau vegetatif. Pembiakan seksual adalah melalui biji benih, manakala pembiakan vegetatif pula menggunakan bahagian vegetatif seperti keratan batang, mata tunas, rizom dan stolon. Pembiakan vegetatif juga boleh dilakukan melalui kultur tisu yang menggunakan cebisan kecil organ tanaman. |
aphrodisiac | afrodisiak | Herba | Pemiawaian | Herba yang dapat memulihkan potensi dan fungsi seksual serta meningkatkan keinginan seksual. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan pokok kacip fatimah (Marantodes pumilum). |
plant propagation | pembiakan tanaman | Pertanian | Agronomi | Penggandaan bilangan tanaman daripada satu induk. Pembiakan tanaman boleh dilakukan secara seksual atau aseks. Pembiakan seksual melibatkan penghasilan biji benih, manakala pembiakan aseks atau vegetatif pula melibatkan tut, keratan, cantuman tunas, kultur tisu dan penggunaan sulur. |
coerced sexual contact | hubungan seksual paksa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan yang menggunakan tekanan, bahan terlarang seperti alkohol atau dadah, atau daya untuk melakukan hubungan seksual terhadap mangsa tanpa kerelaaannya. Tindakan ini termasuk juga perbuatan mendesak mangsa secara berterusan untuk melakukan hubungan seksual walaupun mangsa menolak hubungan tersebut. |
sexual actions | tindakan seksual | Perubatan | Tiada | Tindakan memenuhi keperluan seksual bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan. |
sexual assault | serangan seksual | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Lihat amang seksual. |
sexual actions | tindakan seksual | Kejururawatan | Tiada | Tindakan memenuhi keperluan seksual bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan. |