cytotoxic | agen sitotoksik | Perubatan | Tiada | Ubat yang digunakan untuk mematikan sel barah atau kanser. Selain itu, ubat ini juga digunakan untuk merawat penyakit ginjal, sendi dan kulit yang tertentu. Walau bagaimanapun, ubat ini boleh membunuh sel normal yang cepat membiak seperti sel darah. Ubat ini perlu digunakan dengan berhati-hati kerana mempunyai kesan sampingan yang teruk. Contoh kumpulan ubat sitotoksik ialah agen pengalkilan dan mustard nitrogen. |
carpet graphics | grafik permaidani | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan fabrik seragam yang sering digunakan sebagai penutup lantai. Selain itu digunakan juga untuk mengurangkan bunyi dan gema. Kepingan ini mempunyai pelbagai warna bagi membentuk mural di dinding. |
barcarolle | barcarolle | Muzik | Tiada | Lagu yang biasa dinyanyikan oleh pendayung gondola di Venice. Selain itu, pencipta muzik mendapat ilham daripada lagu tersebut dalam menghasilkan muzik vokal atau instrumental yang bermeter 6/8 arau 12/8. Corak ritma bahagian iringan menggambarkan ornbak yang diulangi sepanjang karya. Contohnya, Barcarolle F sharp major, Op. 60 (1845-1846) oleh Chopin. |
unisono | unisono | Muzik | Tiada | Arahan kepada semua instrumen atau suara untuk menghasilkan not atau pic yang sama. Selain itu, unisono ialah arahan kepada pemuzik untuk membatalkan arahan divisi dalam sebuah karya. Sinonim unis. |
wall | dinding | Kesenian | Seni Bina | Bahagian binaan bangunan yang menegak, berfungsi untuk menyokong lantai, bumbung atau beban kendiri. Selain itu, dinding juga boleh fungsi sebagai penebat haba, penebat bunyi, perintang kebakaran, panel penutup dan pembahagi antara ruang, serta sebagai tempat pemasangan pintu tingkap bangunan. |
nuclear proliferation | penyebaran nuklear | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Penyebaran senjata nuklear ke seluruh negara oleh pihak lain kepada pihak lain. Selain itu, aktiviti ini juga bermaksud penyebaran pengetahuan dan teknologi nuklear yang mungkin digunakan bagi tujuan ketenteraan. Penyebaran nuklear dianggap sebagai satu masalah dunia kerana ditakuti perkembangan ini akan meningkatkan kemungkinan penggunaan senjata nuklear dalam peperangan. Contohnya, penyebaran nuklear yang berlaku di Iran dan Korea Utara. |
sickness insurance | insurans penyakit | insurans | Tiada | Insurans yang menyediakan bayaran untuk kehilangan pendapatan akibat hilang upaya yang disebabkan oleh sesuatu penyakit. Selain itu, insurans ini juga menyediakan perbelanjaan perubatan yang ditanggung akibat penyakit tersebut. |
sickness insurance | insurans penyakit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang menyediakan bayaran untuk kehilangan pendapatan akibat hilang upaya yang disebabkan oleh sesuatu penyakit. Selain itu, insurans ini juga menyediakan perbelanjaan perubatan yang ditanggung akibat penyakit tersebut. |
associate producer | penerbit bersekutu | Komunikasi | Tiada | Gelaran yang diberikan kepada petugas penerbitan filem iaitu penerbit kedua yang berkongsi tanggungjawab pengurusan dan kreatif. Selain itu, gelaran ini turut diberikan kepada pengurus penerbitan apabila penerbit yang sebenarnya tidak terlibat dalam pengawasan penerbitan dalam waktu-waktu tertentu. Gelaran ini boleh juga diberikan kepada pegawai tadbir utama iaitu orang yang bertanggungjawab mengurus dan mendapatkan sumber kewangan bagi menerbitkan siaran. |
apiculture | apikultur | Pertanian | Agroteknologi | Aktiviti memelihara lebah untuk mendapatkan madu dan produk lain seperti lilin lebah, propolis, debunga dan madu ratu lebah. Selain itu, sarang lebah dan koloni lebah dijaga supaya dapat dijual untuk tujuan pendebungaan. Secara umumnya, madu dan produk-produk lebah ini boleh diperoleh daripada tiga sumber utama, iaitu lebah ternak, lebah liar atau lebah tualang dan juga kelulut. Di Malaysia, kawasan utama pengeluaran madu lebah terdapat di Johor, Selangor dan Perak. |