Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prime factorfaktor perdanaMatematikTiada1. Faktor yang merupakan nombor perdana. Misalnya, 2 dan 3 ialah faktor perdana bagi 18, tetapi 6 bukan faktor perdana bagi 18. 2. Faktor fungsi yang tidak dapat difaktorkan selanjutnya. Misalnya, (x-1) ialah faktor perdana bagi (x4-1), tetapi (x2-1) bukan faktor perdana bagi (x4-1).
barking; fitpengulitanPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Proses menanggalkan dan membuang kulit daripada batang pokok atau kayu balak sebelum pemprosesan selanjutnya. Proses ini boleh dilakukan secara manual atau mesin pengulit. 2. Proses menanggalkan kulit kayu dengan cara menggeleng dan mengores secara memanjang batang kayu, dan mengopek kulitnya keluar. Kulit kayu yang ditanggalkan boleh digunakan untuk menghasilkan bahan penyamak kulit binatang.
fitch,baulkbalak segiPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Balak yang telah digergaji atau dibelah baji sama ada berbucu tajam atau tumpul, ketebalannya tidak kurang daripda 10 cm dan lebarnya melebihi 30 cm. Balak ini akan diproses selanjutnya menjadi hasil kayu lain, seperti papan gergaji, beluti, dan venir hirisan. 2. Kayu balak yang kedua-duanya permukaannya diratakan secara belah baji, sementara dua permukaan yang lain masih dalam keadaan bulat tetapi sudah tidak berkulit.
Chandrasekhar limithad ChandrasekharMatematikTiadaHad jisim bagi bintang kerdil putih yang tidak berputar dan sedikit sebanyak, bergantung juga pada kandungan bintang, yakni 1.44 daripada jisim matahari bagi bintang kerdil putih jenis helium, menurun kepada 1.40 daripada jisim matahari bagi bintang karbon dan 1.11 daripada jisim matahari bagi bintang besi. Bintang yang jisimnya melebihi had jisim ini akan terpaksa mengalami perebakan graviti yang selanjutnya untuk menjadi bintang neutron, malah lohong hitam, kerana bahannya tidak akan berupaya untuk bertahan daripada daya graviti.
nanofiltrationnanoturasanFizikNanoteknologiProses penurasan menggunakan membran berliang bersaiz antara 1 nm - 10 nm, iaitu lebih kecil daripada saiz ultraturas. Membran diperbuat daripada filem tipis polietilena tereftalat atau filem tipis alumina. Pada awalnya proses ini digunakan untuk prarawatan air laut bagi menapis keluar ion Ca2+ dan Mg2+, iaitu sebelum dilakukan rawatan selanjutnya menggunakan osmosis berbalik. Proses ini digunakan juga untuk menuras susu, jus dan bahan ubatan.

Kembali ke atas