Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selsema


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
benzedrinebenzedrinaKimiaTiadaNH2, sebatian organik yang digunakan sebagai bahan rangsangan dan pelega selsema.
rubellarubelaBiologiMikrobiologiPenyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus. Gejala penyakit ini termasuklah selsema, demam panas dan ruam yang menyeluruh. Pada ibu yang hamil jangkitan ini boleh membawa kecacatan kongenital terhadap bayi yang sedang dikandung. Penyakit ini dikenali juga sebagai campak German atau campak Perancis.
hay feverdemam jeramiBiologiMikrobiologiDemam akut yang gejalanya pada mata dan salur pernafasan atas, dan diikuti dengan selsema, dan kadang kala astma. Penyakit ini berpunca daripada alahan rumput dan debunga tumbuhan tertentu.
influenzainfluenzaBiologiMikrobiologiPenyakit akut yang berjangkit yang disebabkan oleh beberapa virus. Gejala utama penyakit ini ialah radang salur pernafasan, selsema, demam panas, sakit otot, dan kepala.
contagious diseasepenyakit berjangkit suaanPerubatanTiadaPenyakit berjangkit yang ditularkan daripada manusia atau haiwan kepada manusia atau haiwan lain secara langsung, misalnya selsema dan campak.
Acorus calamusJerangauPertanianTiadaTumbuhan ini dalam famili Acoraceae. Ia tidak berbatang dan mempunyai rizom. Daun tersusun pada satu satah, berbentuk panjang sehingga 1 m dan meruncing di hujung. Jambak bunga jenis spadiks berwarna hijau. Pokok herba jenis saka ditanam di kawasan lembap. Asap daripada rizom kering yang dibakar dihidu untuk merawat lelah. Rizom yang telah dilumatkan bersama halia dilumur pada badan untuk rawatan lepas bersalin. Air rebusan pokok diminum sebagai tonik lepas bersalin. Air rebusan akar diminum untuk merawat haid berlebihan, demam dan selsema, sakit perut, cirit-birit dan buang angin. Rizomnya mengandungi minyak pati dengan sebatian utama seperti fenilpropana, monoterpina dan sesquiterpinoid. Sebatian ß-asaron yang juga terdapat dalam tumbuhan ini dilaporkan bersifat karsinogenik yang boleh mengakibatkan barah.

Kembali ke atas