sena | sena | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Pterocarpus indicus. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung dan Sabah ialah angsana. Gubal kayu sena berwarna kuning jerami, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat keemasan dan kadangkala mempunyai jalur yang berwarna lebih gelap. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana mempunyai struktur liang bergelang. Ira bersimpul atau beralun, dan menjadikannya sukar dikerjakan dan dikemas siap. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu lambat mengering dan sederhana tahan. Struktur liang bergelang menjadikan kayu sena sesuai untuk kabinet, hiasan dalaman, perabot bermutu tinggi, dan venir hirisan. |
senna knot | simpul sena | Kesenian | Tiada | Tiada |
awang batil | awang batil | Muzik | Tiada | Sejenis seni penceritaan rakyat Kampung Pokok Sena, Cuping, Perlis. Seorang penglipur lara yang diberi gelaran Awang Batil menyampaikan cerita rakyat dengan iringan paluan sebuah batil, iaitu sejenis mangkuk. Awang Batil juga memakai topeng semasa memainkan watak tertentu. Persembahan ini juga dinamai Awang Belanga kerana belanga digunakan sebagai alat muzik pada zaman dahulu. |
potensi | potensi | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Ukuran keberkesanan suatu ubat yang dinyatakan sebagai jumlah bahan aktif yang diperlukan untuk menghasilkan kesan yang diingini. Contohnya, tablet Senokot yang digunakan sebagai laksatif mengandungi sena terpiawai sebanyak 7.5 mg senosida total yang dihitung sebagai senosida B. |
middle rhyme | rima tengah | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima tengah juga terjadi apabila dua atau beberapa perkataan berima terdapat dalam satu-satu baris. Contohnya seperti dalam puisi berjudul �Patience� oleh W.S. Gilbert: Then a sentimental passion of a vegetabile fashion, Must excite your languid spleen, An attachment �a la Plato, for a bashful young potato, Or a not too French French bean! Contoh rima tengah dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pohon sena,cabangnya empat, Mari tebang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri. |