acrocontracture | akrokontraktur | Perubatan | Tiada | Pemendekan atau pengherotan tangan atau kaki, atau sendi-sendinya |
slip-joint pliers | playar sendi kalih | Kesenian | Tiada | Playar yang boleh dilaraskan bukaan muncungnya dengan mengalihkan kedudukan sendinya. |
crinoidal limestone | batu kapur krinoid | Geologi | Tiada | Batu kapur yang terdiri hampir sepenuhnya daripada bahagian rangka fosil krinoid yang plat osikel, atau sendinya, biasanya tersimen dengan kalsit jernih dalam keselanjaran kristalografi dengan serpihan krinoid. |
overrigid truss | kekuda lampau tegar | Mekanik | Gunaan | Kekuda yang mempunyai sekurang-kurangnya satu anggota lebih daripada yang diperlukan untuk ketegaran. Anggota berkenaan dinamai anggota lewah. kekuda lampau tegar mempunyai bilangan anggota m yang melebihi nilai 2n-3, dengan n sebagai bilangan sendinya. Lihat juga anggota lewah. |
simple space truss | kekuda ruang mudah | Mekanik | Gunaan | Kekuda ruang yang terbina daripada unsur asas berbentuk tetrahedron. Struktur tetrahedron asas itu dibina dengan menyambungkan enam anggota pada empat sendi. Kekuda ruang mudah yang lebih besar daripada struktur asas ini dibina dengan menambahkan tiga anggota baru setiap kali pembesaran dilakukan. Anggota baru itu disambungkan pada sendi yang berlainan pada struktur asas, dan hujung bebasnya disambungkan pada sendi yang berlainan pada struktur asas, dan hujung bebasnya disambungkan pula untuk membentuk satu sendi baru. Bilangan anggota kekuda ruang mudah, m, dan bilangan sendinya, n, trhubung melalui unkapan m=3n-6. kekuda ini boleh diselesaikan sepenuhnya dengan hanya menggunakan persamaan keseimbangan. |