canopy | sengkuap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Binaan konkrit yang diunjurkan dari atas tingkap atau atas pintu untuk memberi perlindungan daripada hujan dan panas. (Rajah 84) sengkuap (Rajah 84) |
canopy | sengkuap | Kesenian | Seni Bina | Unsur binaan yang diunjurkan daripada mukaan dinding sama ada di atas tingkap, pintu, langkan, laluan dan sebagainya untuk perlindungan daripada hujan dan panas. Unsur binaan ini mempunyai beberapa panggilan khusus bergantung pada peranannya. Sengkuap lebih merujuk kepada binaan kekal atau separa kekal yang dibina untuk menjadi sebahagian daripada unsur bangunan. Lihat juga tenda, sudur. |
awning | sengkuap | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
awning | sengkuap hias | Alam Bina | Tiada | Bumbung ringan yang dipasang kemudian di atas pintu, tingkap atau sebagai sambungan kepada bumbung untuk perlindungan dan hiasan. |
canopy | 1. sengkuap 2. sudur | Alam Bina | Tiada | 1. Komponen yang diunjurkan daripada atas tingkap atau pintu untuk melindunginya daripada hujan dan panas. 2. Rimbunan pokok yang menutup sebahagian daripada bangunan atau menjulur keluar menjadi ruang atau laluan berteduh |
awning window | tingkap sengkuap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tingkap yang dipangsikan pada satu paksi di bahagian atas dan diunjur keluar. |
canopy | tenda | Kesenian | Seni Bina | Unsur binaan yang digunakan untuk melindungi manusia daripada hujan dan panas. Tenda lazimnya diperbuat daripada kain yang berfungsi sebagai binaan tambahan yang bersifat sementara. Unsur binaan ini mempunyai beberapa panggilan khusus bergantung pada peranannya. Lihat juga sengkuap, sudur. |
canopy | sudur | Kesenian | Seni Bina | Unsur binaan yang digunakan untuk memayungi manusia daripada hujan dan panas. Unsur binaan ini mempunyai beberapa nama khusus bergantung pada peranannya. Sudur lebih merujuk kepada rimbunan dahan dan daun pokok yang menutup sebahagian daripada bangunan atau menjulur keluar dari batangnya untuk menjadi ruang atau laluan di bawahnya teduh. Lihat juga sengkuap, tenda. |