Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayak­nya, dgn baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum orang yg didapati bersalah dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg patut; semestinya; selayaknya: ~ engkaulah yg memegang jawatan itu. 2 tentu saja; sebenarnya; sudah seharusnya: ~lah ibunya meminta pertolongan drpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patut (kata tugas)
1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,

2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya, perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,

3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,

Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan,

Peribahasa

Canggung seperti antan dicungkilkan duri (= gigi).

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan sepatutnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
normative economicsekonomi normatifEkonomiTiadaCabang ekonomi yang menggunakan pertimbangan nilai tentang barang dan perkhidmatan yang sepatutnya dikeluarkan supaya memenuhi keperluan masyarakat, bagaimana kaedah pengeluaran sepatutnya dijalankan dengan lebih cekap, dan kepada siapa barang dan perkhidmatan sepatutnya diagihkan supaya perkhidmatan lebih adil dan saksama. Misalnya, ekonomi kebajikan.
syndrome of inappropriate antidiuretic hormone secretionsindrom penghasilan hormon antidiuresis tak sepatutnya (SIADH)PerubatanTiadaKumpulan gejala yang disebabkan oleh penghasilan hormon antidiuresis (ADH) yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Keadaan ini merupakan komplikasi penyakit tertentu seperti meningitis, pneumonia dan kecederaan kepala. Ciri-cirinya ialah sembab, tekanan darah yang tinggi, osmolaliti serum rendah, osmolaliti urin yang tinggi serta pengeluaran urin yang sedikit dan pekat. Kaedah rawatannya adalah dengan mengurangkan pemberian cecair kepada pesakit di samping merawat penyakit yang menyebabkannya.
haplographyhaplografiKesusasteraanTiadaPenyusutan yang terjadi pada susunan huruf dalam satu perkataan yang sepatutnya diulang tetapi disebut hanya sekali . Contoh: dalam Adat Raja-raja Melayu terdapat kata kedukan sepatutnya kedudukan.
delayed eruptionpengeruptan lewatPergigianTiadaPertumbuhan gigi daripada gusi yang lewat daripada masa sepatutnya keluar. Biasanya setiap gigi akan erupt mengikut umur tertentu dan jika erupt melebihi dua tahun daripada usia yang sepatutnya akan dikatakan pengeruptan lewat. Contohnya, gigi molar kekal pertama akan erupt pada usia enam hingga tujuh tahun tetapi jika erupt pada umur sembilan tahun pengeruptan lewat telah berlaku. Punca pengeruptan lewat sebenar tidak dapat dipastikan tetapi mungkin disebabkan halangan seperti akar gigi yang tertinggal, kehadiran gigi supernumerari atau tisu berfiber pada laluan pengeruptan gigi tersebut.
early eruptionpengeruptan awalPergigianTiadaPertumbuhan gigi daripada gusi yang awal sebelum masa sepatutnya gigi keluar. Biasanya setiap gigi akan erupt mengikut umur tertentu dan jika erupt kurang dua tahun dari usia yang sepatutnya akan dikatakan pengeruptan awal. Contohnya, gigi molar kekal pertama akan erupt pada usia enam hingga tujuh tahun tetapi jika erupt pada umur empat tahun pengeruptan awal telah berlaku. Punca pengeruptan awal sebenar tidak dapat dipastikan tetapi boleh dikaitkan dengan keadaan seperti sindrom Ellis-van Creveld.
aileron reversalbalikan aileronAeroangkasaTiadaTindak balas aileron yang menghasilkan kawalan yang berlawanan arah dengan yang sepatutnya. Ini menyebabkan gerakan sisi pesawat berlawanan dari apa yang dikehendaki oleh juruterbang.,Tindak balas aileron yang menghasilkan kawalan yang berlawanan arah dengan yang sepatutnya. Ini menyebabkan gerakan sisi pesawat berlawanan dari apa yang dikehendaki oleh juruterbang.
improperly or wrongfully withhelddengan tidak sepatutnya atau dengan salahnyaUndang-undangTiadaTiada
rated speedlaju kadaranSosiologiTiadaLaju yang sepatutnya dijalankan oleh mesin.
accrued interestfaedah terakurPentadbiranTiadaFaedah yang sepatutnya diterima tetapi belum lagi diterima bagi tempoh perakaunan.
partial pressuretekanan separaFizikHabaTekanan yang sepatutnya dihasilkan oleh salah satu komponen campuran gas apabila gas itu sahaja yang wujud di dalam bekas tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas