Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seperti (kata tugas)
Bersinonim dengan laksana, ibarat, umpama, bak, bagaikan, macam, serupa.,

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

148

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Seperti quran buruk; dibaca tak boleh, dipersebarangan dosa

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti quran buruk; dibaca tak boleh, dipersebarangan dosa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drifthanyut(an)AeroangkasaTiada2. Hanyutan: Bahan seperti ini dan mineral yang diangkut dan mendap secara mekanik. 3. Hanyut: Komponen sisi pergerakan pesawat udara disebabkan angin lintang.
annual croptanaman semusimVeterinarTiadaTanaman yang ditanam dan hasilnya diperoleh dalam musim yang sama. Jenis tanaman seperti ini perlu ditanam semula untuk mendapatkan hasil yang seterusnya. Contohnya, tanaman jagung, kacang soya, padi dan gandum.
disguised advertisingperiklanan selindungKomunikasiTiadaPeriklanan yang mengandungi tujuan propaganda terhadap barangan atau untuk mempopularkan seseorang. Jenis periklanan seperti ini diselenggarakan secara rasmi dengan membayar kepada media massa dan terdapat juga yang diselenggarakan dengan cara memberi imbalan kepada wartawan.
three dimensiontiga dimensiKomunikasiTiadaFilem yang mempunyai kesan teknik fotografi yang boleh menunjukkan imej tiga dimensi. Untuk mendapatkan imej seperti ini, penonton perlu memakai sejenis cermin mata yang mempunyai dua warna supaya imej tidak kelihatan kabur.
abnormal ending (abend)pengakhiran tak normalTeknologi MaklumatPerisianPengakhiran pengendalian sistem atau atur cara yang tidak mengikut keadaan yang sepatutnya. Pengakhiran seperti ini terpaksa dilakukan oleh sistem disebabkan peristiwa tak normal yang berlaku terhadap perjalanan sistem tersebut. Lihat juga peristiwa tak normal.
common proper motion starbintang segerak wajarMatematikTiadaBintang dedua tampak yang mempunyai kala yang terlalu panjang hingga tidak membolehkan gerakan orbitnya dikesan. Pasangan bintang seperti ini kelihatan seperti terpisah semasa dalam perjalanannya merentasi langit.
abrasion marktanda calarKomunikasiTiadaTanda seperti garis-garis hitam atau calar-calar yang terdapat di atas filem negatif atau cetakan emulsi filem. Kesan seperti ini berlaku kerana filem digulung terlalu ketat atau bahagian emulsinya telah tergeser atau terpegang sebelum dicuci. Lihat juga: calar.
Leg Before Wicket (L.B.W.)Mati Halang Kaki (M.H.K.)SukanTiadaMati yang disebabkan bola terkena kaki pemukul, dan mati seperti ini dianggap oleh pengadil sama seperti mati terkena kayu pancang. Akibatnya pemukul akan terkeluar daripada permainan.
world public opinionpendapat awam sejagatKomunikasiTiadaPendapat yang dinyatakan secara bersama oleh ahli masyarakat dalam beberapa buah negara mengenai sesuatu isu. Pendapat seperti ini mudah diperoleh akibat daripada sistem komunikasi yang bersifat global dan kemunculan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Green Peace, Amnesty International dan sebagainya.
newspaper vendorpenjaja surat khabarKomunikasiTiadaOrang yang menjual surat khabar dan bahan penerbitan lain secara kecil-kecilan. Beliau memperoleh bekalan surat khabar daripada wakil pengedar yang dikenali sebagai pengedar akhbar. Biasanya, tugas seperti ini selalu dikaitkan dengan penghantaran surat khabar dari rumah ke rumah.
12345678910...

Kembali ke atas