platform gantry | gantri platform | Kejuruteraan | Tiada | Gantri yang dibina untuk menempatkan kren portal dan untuk kegunaan-kegunaan lain seperti itu. |
ballistic missile defence | pertahanan misail balistik | Sains Politik | Tiada | Pertahanan bagi menghadapi serangan peluru atau roket berpandu jarak jauh, atau penggunaan senjata seperti itu untuk pertahanan negara. |
fundamental circle | bulatan asasi | Matematik | Tiada | Satah buatan gedang yang diandaikan sebagai mengufuk dan sistem itu dinamai dengan andaian yang seperti itu dalam sistem koordinat, misalnya ufuk samawi dalam sistem ufuk, khatulistiwa samawi dalam sistem khatulistiwa, dan sebagainya. |
quartering | penyukuan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kaedah mendapatkan sampel wakilan bagi agregat apabila sudukan tanah dipecahkan kepada empat dan ditolak dua bahagian yang bertentangan, dan yang selebihnya terus diperlakukan seperti itu sehinggalah sampel dengan saiz yang dikehendaki diperoleh. [KA],2.Sekeping papan dengan keratan empat segi sama berukuran di antara 50 hingga 150 mm. [KM],3.Pelarasan engkol atau lubang cemat engkol supaya berada 90o di antara satu dengan lain. [KM] |
Mercury transits | transit Utarid | Matematik | Tiada | Masa apabila planet Utarid kelihatan melintasi cakera matahari yang boleh berlaku hanya pada masa apabila bumi berada berhampiran dengan garis nod orbit Utarid. Transit seperti itu berlaku hanya kira-kira 13 kali sahaja dalam satu abad. |
phase lead | anjuran fasa | Fizik | Mekanik | Suatu keadaan yang wujud apabila suatu gangguan berkala A melengkapi satu kitar, sementara gangguan kedua B melengkapi Y/2p daripada kitar tersebut. Dalam keadaan seperti itu B dikatakan menganjuri (mendahului) A dengan sudut fasa y. |
special theory of relativity | teori kerelatifan khas | Fizik | Mekanik | Cabang teori kerelatifan mengenai pencerap yang bergerak dengan halaju relatif malar, dan mengenai postulat-postulat yang merumuskan hukum-hukum alam adalah sama bagi semua pencerap seperti itu. |
long wave | gelombang panjang | Sains | Hidrometeorologi | Pola kontur berbentuk gelombang dan teratur pada carta isobar dengan kepanjangan gelombang lebih kurang 2000 km yang lebih khusus berhubungan dengan troposfera pertengahan atau tinggi. Lebih kurang empat atau lima gelombang seperti itu (juga diistilahkan gelombang Rossby) menganjur merentangi carta hemisfera. Dengan menganggap pola kepanjangan gelombang sinusoidal, L, dalam atmosfera barotropi tanpa kelikatan, dan dalamnya kevortisan mutlak dikekalkan, Rossby mendapat rumusan c = U � ?L2 4?2 dengan c ialah keljuan gelombang (positif ke arah timur; negatif ke arah barat); U ialah min kelajuan angin zon; dan ? ialah parameter Rossby, iaitu kadar pertukaran parameter Coriolis ke utara. Rumus ini menghuraikan gelombang janjang, pegun dan mundur (masing-masing c> 0, c = 0, c < 0 ) dan tetap tidak gelombang yang mungkin menjanjang lebih cepat daripada arus zon (c > U). |
long wave | gelombang panjang | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pola kontur berbentuk gelombang dan teratur pada carta isobar dengan panjang gelombang lebih kurang 2000 km yang lebih khusus berhubungan dengan troposfera pertengahan atau tinggi. Lebih kurang empat atau lima gelombang seperti itu (juga diistilahkan gelombang Rossby) menganjur merentangi carta hemisfera. Dengan menganggap pola gelombang panjang sinusoid, dengan panjang gelombang L, dalam atmosfera barotropi tanpa kelikatan, dan dalamnya kevortisan mutlak dikekalkan, Rossby mendapat rumusan c = U ?L2 4?2 dengan c ialah kelajuan gelombang (positif ke arah timur; negatif ke arah barat); U ialah kelajuan angin zonal; dan ? ialah parameter Rossby, iaitu kadar pertukaran parameter Coriolis ke utara. Rumus ini menghuraikan gelombang janjang, pegun, dan mundur (masing-masing c > 0,c=0, c<0) dan bukan untuk gelombang yang mungkin menjanjang lebih cepat daripada arus zon (c>U). |
low index | indeks tekanan rendah | Sains | Hidrometeorologi | Nilai yang agak rendah bagi indeks zon yang, di kawasan latitud tengah, menunjukkan komponen baratan tiupan angin yang agak lemah (biasanya membayangkan gerakan utara-selatan yang lebih kuat) dan cuaca cirian yang berkaitan dengan gerakan seperti itu. Pola edaran jenis ini biasanya dinamakan keadaan indeks tekanan rendah. |