stenosis | stenosis | Biologi | Fisiologi | Penyempitan atau pencerutan sesuatu tiub, saluran, vena, duktus, liang dan struktur lain yang sepertinya. Dikenali juga stenokoria. |
cross wire welding | kimpalan dawai silang | Kejuruteraan | Tiada | Pengimpalan yang dilakukan pada dawai atau bar untuk membentuk jejaring dawai dan yang sepertinya. |
rolled steel section | keratan keluli guling | Kejuruteraan | Tiada | Bar keluli yang digelek ke bentuk-I saluran, bentuk-T dan bentuk-bentuk lain sepertinya, untuk kegunaan khusus dalam struktur. |
pneumatic tyred roller | penggelek bertayar pneumatik | Kejuruteraan | Tiada | Unit pemampatan, yang merupakan penggelek bertunda pada dua gandar, dengan setiap gandar membawa beberapa tayar getah, untuk memampatkan empangan tanah dan timbunan-timbunan yang sepertinya. Sinonim: penggelek berbilang roda. |
confectionery | konfeksioneri | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Kumpulan manisan yang kaya dengan gula dan karbohidrat. Konfeksi terbahagi kepada dua pengelasan, iaitu konfeksi reroti dan konfeksi gula. Konfeksi reroti atau konfeksi tepung merangkumi pastri manis, kek dan produk sepertinya. Konfeksi gula termasuk gula-gula, gula berkacang, coklat, gula getah, manisan dan produk konfeksi lain yang diperbuat daripada gula sahaja. |
credit squeeze | keketatan kredit | Kejuruteraan | Tiada | Kawalan kredit oleh pemerintah, bertujuan membuat kredit lebih sukar dan lebih mahal untuk diperoleh, dengan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi, sekatan-sekatan terhadap sewa beli dan peminjaman bank atau langkah-langkah lain yang sepertinya. |