Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pu.luh] | سڤولوه

Definisi : bilangan sembilan dgn satu; ® puluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pu.luh] | سڤولوه

Definisi : sembilan dicampur dgn satu (10); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pu.luh] | سڤولوه

Definisi : bilangan sembilan dicampur satu; 10. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.pu.luh] | سڤولوه

Definisi : bilangan sembilan dicampur satu; 10; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepuluh

Puisi
 

Anak ayam turun sepuluh,
     Mati seekor tinggal sembilan;
Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh,
     Akan buat bekalan hari kemudian.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Sepuluh jung (= kapal) masuk pelabuhan,
     anjing bercawat ekor juga.

Bermaksud :

Tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan. (Bandingkan dengan: Anjing bercawat ekor).

 

Lihat selanjutnya...(13)

444

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Sepuluh kali ukur, sekali kerat

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi biarlah sepuluh kali ukur, sekali kerat. Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
double-tenthhari sepuluh-sepuluhSejarahTiadaTarikh 10 Oktober yang dirayakan oleh golongan Nasionalis Cina sebagai memperingati kejatuhan dinasti Mancu pada 10 Oktober 1911.
undercast (layer)mendung bawahSainsHidrometeorologiLapisan awan dengan liputan sepuluh per sepuluh (1.0) dilihat dari satu titik cerapan atas dari la-pisan itu. Istilah ini paling umum digunakan dalam laporan juruterbang berkenaan dengan keadaan semasa penerbangan.
digitdigitMatematikTiadaSebarang simbol asas dalam sistem penomboran. Sistem perpuluhan (asas sepuluh) mempunyai sepuluh digit, iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, manakala sistem perduaan (asas dua) mempunyai dua digit sahaja, iaitu 0 dan 1. Misalnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit.
denarypersepuluhanMatematikTiadaBerkaitan dengan sebutan sepuluh atau satu per sepuluh.
decadedekad/dasawarsaKejuruteraanTiada2. Kumpulan sepuluh lokasi storan.,3. Sepuluh item atau peristiwa.,4. Sebarang nisbah 10:1, biasanya digunakan untuk jeda di antara frekuensi yang bernisbah sedemikian.
tenth value layer (TVL)lapisan per sepuluh nilai (TVL)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetebalan lapisan bahan yang dapat mengurangkan keamatan sesuatu sinaran yang melaluinya kepada satu per sepuluh daripada nilai asalnya. Contohnya, lapisan per sepuluh nilai untuk bahan plumbum ialah 16.2 mm bagi sumber Iridium 192 (Ir-192). Iselepas = Iasal/10^n, Dengan nilai n ialah bilangan lapisan TVL.
decastich/dizaindasabarisKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi sepuluh baris dalam sesuatu rangkap. Contohnya, pantun sepuluh kerat yang rima akhirnya berbentuk a b c d e, a b c d e. Sinonim dekastis.
tenth-thickness valuenilai ketebalan satu per sepuluhKejuruteraanTiadaKetebalan suatu bahan tertentu yang apabila diletakkan dalam alur sinaran akan mengurangkan keamatan sinaran kepada satu per sepuluh.
Ten CommandmentsSepuluh RukunSejarahTiadaTiada
decennial censusbanci sepuluh tahunanGeografiTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas