Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.but] | سرابوت

Definisi : 1. serat spt yg terdapat pd sabut (kulit kayu dll), sesuatu yg berupa serat; akar ~ akar pokok yg tidak mempunyai akar tunjang (buluh dll), akar yg berambu-rambu; 2. berambu-rambu, berbulu-bulu (tali, benang, dll); 3. = ~ perut Kl terharu (fikiran), risau, runsing; berserabut 1. berambu-rambu (tali, benang, dll), tidak kemas, berserat-serat, kusut: pakai-annya semua kain yg mahal-mahal, tetapi pd setengah-setengah tempat, telah ~ benang-nya; 2. ki tidak menentu, kucar-kacir (fikiran dll): setelah selesai ia membaca buku itu, fikirannya jadi ~ utk mencari pertimbangan; menyerabuti ki menyelubungi atau menyusah-kan (fikiran): persoalan yg ~ kepalanya kini akan terjawab juga akhirnya; menyerabutkan menjadikan (fikiran) kusut: persoalan itu ~ fikirannya; keserabutan 1. keadaan berserabut atau berambu-rambu; 2. ki keadaan kucar-kacir, keadaan tidak menentu, kekusutan: plot tragedi moden dgn adegan-adegan kesedihan, kompleksiti dan penuh ~; tragedi konven-sional Greek yg dimulai dgn kegembiraan dan diakhiri dgn ~ dan pembunuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.but] | سرابوت

Definisi : benda spt benang, spt yg terdapat pd sabut (kulit kayu); serat. berserabut 1 ada serabutnya. 2 ber­bulu-bulu atau berambu-rambu pd bahagian tepinya (bkn tali, benang dll). 3 ki tidak menentu fikirannya; kucar-kacir; kelam-kabut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serabut (kata nama)
Bersinonim dengan serat, gentian;,
Kata Terbitan : berserabut, menyerabutkan, keserabutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crude fibreserabut mentahKimiaTiadaSerabut mentah: Serabut yang mengandung bahan lain di samping polimer utama.
fibre wall thicknessketebalan dinding serabutBuluhTiadaKetebalan dinding yang diukur daripada hasil tolak diameter serabut dengan lumen dan dibahagi dua, dalam unit mikrometer (�m). Ketebalan ini berbeza-beza mengikut spesies buluh. Contoh buluh yang mempunyai dinding serabut yang tebal ialah buluh betong (Dendrocalamus asper) manakala dinding serabut yang nipis ialah buluh lemang (Schizostachyum brachycladum). Ketebalan dinding serabut menentukan kegunaan akhir sesuatu spesies.
fibre sheathselaput serabutBuluhTiadaSekumpulan serabut buluh yang membentuk satu berkas vaskular dan melekat pada vesel metaxilem, floem dan protoxilem. Sinonim cecawan serabut.
fiberizingpeleraian gentianPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses memisahkan serabut daripada kumpulan serabut dalam serpai kayu, kepingan pulpa, kepingan kertas rosak, kertas yang telah digunakan dan sumber yang lain.
fibreserat; serabut; gentianGeografiTiadaSerat: Struktur seperti benang, seperti sel otot, serat saraf atau serat kolagen.Serabut: Bahan berselulosa yang tidak tercernakan oleh enzim gaster usus manusia.Gentian: Serat atau serabut pada sabut, daging manusia dan lain-lain.
fibreserat; serabut; gentianPerubatanTiadaSerat: Struktur seperti benang, seperti sel otot, serat saraf atau serat kolagen.Serabut: Bahan berselulosa yang tidak tercernakan oleh enzim gaster usus manusia.Gentian: Serat atau serabut pada sabut, daging manusia dan lain-lain.
fibreserat; serabut; gentianPertanianTiadaSerat: Struktur seperti benang, seperti sel otot, serat saraf atau serat kolagen.Serabut: Bahan berselulosa yang tidak tercernakan oleh enzim gaster usus manusia.Gentian: Serat atau serabut pada sabut, daging manusia dan lain-lain.
fibreserat; serabut; gentianPerhutananTiadaSerat: Struktur seperti benang, seperti sel otot, serat saraf atau serat kolagen.Serabut: Bahan berselulosa yang tidak tercernakan oleh enzim gaster usus manusia.Gentian: Serat atau serabut pada sabut, daging manusia dan lain-lain.
fibreserat; serabut; gentianSosiologiTiadaSerat: Struktur seperti benang, seperti sel otot, serat saraf atau serat kolagen.Serabut: Bahan berselulosa yang tidak tercernakan oleh enzim gaster usus manusia.Gentian: Serat atau serabut pada sabut, daging manusia dan lain-lain.
fibreserat; serabut; gentianPerubatanTiadaSerat: Struktur seperti benang, seperti sel otot, serat saraf atau serat kolagen.Serabut: Bahan berselulosa yang tidak tercernakan oleh enzim gaster usus manusia.Gentian: Serat atau serabut pada sabut, daging manusia dan lain-lain.
12345678910...

Kembali ke atas