Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ram.bi] | سرمبي

Definisi : 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ram.bi] | سرمبي

Definisi : 1 beranda (yg agak panjang) yg bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit drpd ibu rumah; selasar. 2 platform di stesen kereta api. ~ jantung ruang pd jantung yg di sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serambi

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Diberi betis hendak paha.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
serambiserambiKesenianHiasan DalamanRuang memanjang tertutup, yang biasanya dihiasi dengan tingkap di bahagian hadapan rumah tradisional Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah rumah tradisional Melayu yang direka bentuk dengan serambi terbuka. Serambi berfungsi sebagai ruang tetamu lelaki yang dikenali oleh tuan rumah, sama ada yang mempunyai hubungan keluarga atau tiada hubungan keluarga. Serambi juga dijadikan tempat untuk mengadakan majlis formal, mengajar dan membaca al- Quran, serta tempat tidur anak-anak dan tetamu lelaki.
cloisterserambiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiRuang memanjang di bahagian hadapan yang bersambung dengan rumah ibu (di bahagian luar rumah) serta beratap dan berdinding rendah, sebahagian atau sepenuhnya. Serambi dianggap sebagai ruang khas dan digunakan dalam keadaan yang lebih rasmi. Serambi biasanya digunakan sebagai tempat untuk berehat. Ruang ini juga diwujudkan untuk keperluan khusus bagi kaum lelaki semasa keraian tertentu. Kebanyakan rumah tradisional orang Melayu pada hari ini masih mempunyai serambi. Sinonim beranda.
carportserambi keretaKejuruteraanKejuruteraan BangunanBinaan yang diunjurkan dari bahagian tepi bangunan untuk memberikan perlindungan atau untuk tempat berteduh kereta atau kenderaan lain. Ia berbeza daripada garaj oleh kerana serambi kereta mempunyai dinding yang terbuka, sekurang-kurangnya dikedua-dua bahagian.
loggiaserambiKesenianTiadaTiada
porticoserambi anjungKesenianTiadaTiada
cloisterserambiKesenianTiadaTiada
loungeruang istirahat / serambiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
cloisterberandaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat serambi
bendulbendulKesenianHiasan Dalaman1. Pembahagi yang terletak di pintu antara ruang serambi dengan ruang tengah rumah tradisional Melayu. 2. Kayu keras yang dipasang di sekeliling bahagian luar atau dalam rumah tradisional Melayu, yang berfungsi sebagai pengikat rumah supaya rumah menjadi kukuh.
balcony gardentaman langkanLandskapTiadaGubahan tumbuhan yang ditanam dalam bekas dan terdapat di serambi. Sinonim taman balkoni.
12

Kembali ke atas