Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ran.tau] | سرنتاو

Definisi : dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serantau

Peribahasa

Malu bertanya sesat di jalan,
     malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah, hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sastera serantausastera serantauKesusasteraanTiadaKarya sastera yang melangkaui sempadan politik beberapa buah negara berhampiran dan memiliki identiti budaya yang dikongsi bersama.
regional economic blockblok ekonomi serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKumpulan negara yang terbentuk daripada persamaan geografi atau geopolitik. Matlamat penubuhan blok ekonomi serantau adalah untuk menggalakkan perdagangan dan integrasi ekonomi antara negara anggota. Contohnya, blok ekonomi serantau di Eropah Barat, iaitu Kesatuan Eropah (EU), di Amerika Utara, iaitu Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
regional trade liberalizationliberalisasi perdagangan serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses mengurangkan dan menghapuskan halangan perdagangan dalam bentuk tarif dan bukan tarif bagi sesuatu rantau. Proses liberalisasi perdagangan serantau ini dilaksanakan menerusi aturan perdagangan serantau.
regional arrangementaturan serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPakatan antara negara berdaulat dalam sesuatu rantau bagi menjaga kepentingan bersama demi kebaikan rantau tersebut, dan menjalinkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, keselamatan dan sebagainya. Contoh aturan serantau ialah Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Aturan serantau boleh ditubuhkan bagi tujuan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan boleh dimanfaatkan bagi tujuan menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Contohnya, NATO yang berperanan mengawasi dan menguatkuasakan sekatan maritim terhadap negara bekas Yugoslavia semasa berlakunya Peperangan Balkan 1991�2001. Sinonim penyusunan serantau.
regional securitykeselamatan serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKerjasama negara-negara berjiran dalam menghadapi ancaman yang mengugat kestabilan di kawasan tersebut. Keselamatan serantau penting kerana kaitannya secara langsung dengan keselamatan negara. Bagi rantau Asia Tenggara, ancaman yang wujud ialah keganasan, ancaman maritim, dan tuntutan bertindih terhadap pulau dan kawasan perairan. Keselamatan serantau bermaksud ancaman yang wujud tidak menjejaskan hubungan seperti pemutusan hubungan diplomatik dan konflik bersenjata.
Regional Health Information Organization (RHIO)Organisasi Maklumat Kesihatan Serantau (RHIO)Teknologi Maklumate-KesihatanKumpulan negara serantau yang berkongsi maklumat penjagaan kesihatan secara elektronik berdasarkan piawaian teknologi maklumat kesihatan (HIT) yang diiktiraf. Kumpulan ini berkongsi maklumat secara menyeluruh antara agensi kerajaan dengan swasta dalam sesebuah negara yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama komunikasi dan inovasi teknikal untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan serantau.
regional arrangementpenyusunan serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLihat aturan serantau.
regional organizationpertubuhan serantauGeografiTiadaPertubuhan yang didirikan bagi tujuan pembangunan serantau, misalnya ASEAN, EAEC, EEC dan sebagainya.
regional organisationpertubuhan serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan yang diwujudkan oleh perjanjian serantau bagi menggalakkan kerjasama dan integrasi dalam bidang politik, ekonomi, keselamatan, pertahanan dan lain-lain. Contohnya, Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
regional funddana serantauPentadbiran PerniagaanTiadaDana amanah yang mengehadkan pelaburannya kepada sesuatu kawasan serantau.
123456789

Kembali ke atas