breathlessness | sesak nafas | Sosiologi | Tiada | Pernafasan yang susah atau sukar, disebabkan aliran udara ke dalam dan ke luar paru-paru yang tersekat. |
breathlessness | sesak nafas | Perubatan | Tiada | Pernafasan yang susah atau sukar, disebabkan aliran udara ke dalam dan ke luar paru-paru yang tersekat. |
respiratory distress syndrome (RDS) | sindrom sesak nafas | Perubatan | Tiada | Kesesakan pernafasan yang kadangkala berlaku pada bayi yang baru dilahirkan dalam beberapa jam atau beberapa hari dan biasanya membawa maut dalam sehari dua. Alveolus bayi tersumbat dan biasanya didapati mengandungi banyak cecair berprotein, seolah-olah plasma telah memasuki alveolus dari kapilari. Sin: penyakit membran hialin |
drowning | lemas | Perubatan | Tiada | Sesak nafas yang menyebabkan kematian apabila paru-paru terisi dengan air atau bendalir lain. |
RDS | RDS | Perubatan | Tiada | Lihat sindrom sesak nafas. |
asthma | asma | Perubatan | Tiada | Keadaan yang ditandai dengan serangan sesak nafas (dispnea) ataupun semput yang berulang dari masa ke masa, dan yang menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. |
globus hystericus | globus histerikus | Perubatan | Tiada | Rasa rimas, cemas dan sesak nafas, yang biasanya dialami oleh pesakit hysteria. |
hyalin membrane disease | penyakit membran hialin | Perubatan | Tiada | Lihat sindrom sesak nafas. |
status asthmaticus | status asmatikus | Perubatan | Tiada | Krisis asma yang dicirikan dengan sesak nafas yang teruk, dan mengakibatkan pesakit kehilangan keseluruhan tenaga sehingga melepek. |
paroxysmal nocturnal dyspnea (PND) | dispnea paroksismal nokturnal (PND) | Kejururawatan | Tiada | Keadaan sesak nafas yang berlaku secara tiba-tiba pada waktu malam, yang menyebabkan pesakit terjaga daripada tidur. Keadaan ini berlaku akibat kegagalan ventrikel kiri. |