Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sen.tuh] | سسنتوه

Definisi : (Kej) alat yg menghubungkan sesuatu pengalir elektrik dgn yg lain (utk meneruskan pengaliran elektrik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sen.tuh] | سسنتوه

Definisi : alat yg menghubungkan se­suatu pengalir elektrik dgn yg lain supaya elektrik dpt mengalir terus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesentuh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
auxilliary contactsesentuh tambahanTeknikElektrikSesentuh yang membantu sesentuh utama. Saiznya kecil sedikit daripada sesentuh utama dan dipasang pada jasad yang sama dengan sesentuh utama. Ada dua jenis sesentuh tambahan, iaitu sesentuh lazim terbuka dan sesentuh lazim tertutup.
main contactsesentuh utamaTeknikElektrikSesentuh yang menyambungkan bekalan dengan motor. Sesentuh ini berukuran besar dan menerima arus yang besar. Biasanya, pada sesebuah penyentuh terdapat tiga atau empat sesentuh utama.
holding circuitlitar menahanTeknikElektrikLitar tambahan yang menahan litar utama terus hidup. Litar ini biasanya menggunakan sesentuh. Arus sesentuh ini lebih kecil daripada arus litar utama. Litar menahan digunakan sebagai pelindung litar utama jika berlaku sebarang kerosakan. Misalnya, litar belantik dalam pemutus litar. Sinonim litar selak.
relaygegantiTeknikElektrikPeranti yang mengawal sesuatu suis atau sentuhan mengikut perubahan elektrik, magnet, atau suhu dalam litar yang dikawal melalui sesentuh lazim tutup dan sesentuh lazim buka. Geganti mungkin menggunakan elektromagnet atau komponen separuh pengalir atau sebarang peralatan lain yang sesuai.
platinum contactsesentuh platinumKejuruteraanTiadaSesentuh yang dibuat daripada platinum dan digunakan tempat arus perlu selalu diputuskan kerana bunga api tidak merosakkan platinum sehebat ia merosakkan logam-logam lain.
spring contactsesentuh pegasSosiologiTiadaSesentuh elektrik yang dikendalikan oleh pegas.
loose contactsesentuh longgarTeknikElektrikSambungan yang tidak kemas atau tidak membuat sentuhan yang baik. Sesentuh longgar mengeluarkan bunga api, dan dengan ini mengakibatkan kehilangan tenaga pada sentuhan tersebut.
single throw switchsuis satu lemparTeknikElektrikSuis yang mempunyai sebilah sesentuh sahaja dengan ini hanya boleh membuka dan menutup satu sesentuh sahaja.
three-pole switchsuis tiga kutubTeknikElektrikSuis yang mempunyai tiga pasang sesentuh yang berasingan, yang dihidupkan atau dimatikan serentak oleh satu tangkai yang merangkaikan ketiga-tiga bilah sesentuh tersebut menjadi satu. Suis ini boleh digunakan untuk pemencilan sistem tiga dawai.
contactsesentuhTeknikElektrikDua permukaan atau lebih yang bercantum membentuk sambungan elektrik yang merupakan sebahagian daripada perkakas elektrik yang boleh menyambung dan membuka litar sambungan.
123

Kembali ke atas