empty set | set kosong | Matematik | Tiada | Tiada |
empty set | set kosong | Matematik | Analisis | - |
null set | set nol | Matematik | Tiada | Lihat set kosong. |
empty set | set kosong | Matematik | Tiada | Set yang tidak mengandungi apa-apa unsur, dan dilambangkan dengan simbol φ. Sinonim set nol. |
subset | subset | Matematik | Tiada | Set yang semua unsurnya merupakan unsur satu set tertentu. Jika setiap unsur dalam seti M juga merupakan unsur satu set tertentu. Jika setiap unsur dalam set M juga merupakan unsur dalam seti N, maka M dikatakan subset bagi N, dan pernyataan ini ditulis sebagai M ⊆ N. Misalnya, katalah M = {2, 4, 6} dan N = {2, 3, 4, 6, 7}, maka M ⊆ N; M ⊆ M; N ⊆ N; φ ⊆ M; φ ⊆ N. set kosong ialah subset sebarang set. Setiap merupakan subsetnya sendiri. |
KSDS (key sequenced data set) | KSDS (set data berjujukan kunci) | Teknologi Maklumat | Tiada | Struktur VSAM yang menggunakan indeks untuk menyimpan rekod dalam ruang kosong yang ada. Dapatan semula dilakukan dengan medan kunci atau alamat. |
cluster point | titik gugusan | Matematik | Tiada | Satu titik di mana setiap jiranan berliang mempunyai persilangan tak kosong dengan satu set yang diberikan. |
single electron transistor (SET) | transistor elektron tunggal (SET) | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan transistor yang dimensinya dalam julat nanometer menyebabkan transistor ini peka terhadap pengangkutan elektron tunggal. Transistor ini terdiri daripada dua elektrod sumber dan salir yang terpisah oleh satu pulau yang bertindak sebagai terowong. Pulau ini biasanya diperbuat daripada bintik kuantum atau nanotiub karbon. Aras tenaga elektron dalam pulau dapat ditala menggunakan elektrod ketiga, iaitu lawang. Sekiranya lawang dibekalkan dengan voltan positif, aras tenaga bintik kuantum akan turun. Hanya satu elektron tunggal daripada sumber dapat menerowong ke dalam pulau tersebut untuk mengisi aras tenaganya yang kosong dan seterusnya elektron akan menerowong ke bahagian salir. |
double helical gear | gear heliks berganda | Mekanik | Gunaan | Dua gear heliks yang jeliksnya berlawanan hala dengan kedua-dua gear dipasangkan pada satu aci yang sama. Dua gear ini biasanyadibuat pada satu bongkah yang sama dengan ruang kosong di antara dua set gigi itu. gear heliks berganda digunakan untuk mengelakkan tekanan paksi. Gear ini juga dinamai gear insang pari. |
closed entry | entri lengkap | Perpustakaan | Tiada | 1. Entri katalog bagi penerbitan bersiri atau karya dalam beberapa jilid yang mengandungi maklumat bibliografi lengkap yang butiran terperinci bibliografinya dirakam di dalam Entri Terbuka setelah perpustakaan menerima set lengkap.,2. Entri katalog yang tidak meninggalkan ruang kosong di dalam badan entri atau dalam koleksi supaya butiran tambahan koleksi boleh dirakamkan kemudian. |