high service | servis tinggi | Sukan | Tiada | Servis yang dilakukan dengan memukul bulu tangkis setinggi yang boleh agar jatuh menjunam dalam kawasan lawan. Sinonim : aggressive high service [servis tinggi] |
aggressive high service | servis tinggi agresif | Sukan | Tiada | Servis yang dilakukan dengan memukul bulu tangkis setinggi yang boleh agar jatuh menjunam dalam kawasan lawan. |
high-energy ignition (HEI) | pencucuhan tenaga tinggi | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pencucuhan elektronik yang berupaya untuk menjana voltan sekunder setinggi 35 000 volt atau lebih. Sistem ini menggantikan pencucuhan titik sentuhan dan membolehkan penggunaan palam pencucuh yang mempunyai celahan yang lebih lebar dan menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih ekonomi dan pancaran ekzos lebih rendah. Singkatan HEI. |
sultriness | kepengapan | Sains | Hidrometeorologi | Keadaan cuaca yang rimas dan tidak selesa akibat suhu dan kelembapan tinggi yang terjadi serentak. Keadaan ini bertambah buruk apabila udara tenang dan langit berawan. Istilah ini sedang mendapat pengakuan teknikal dengan peningkatan kajian tentang kelesaan manusia dan hawa dingin. Kepengapan telah dinyatakan dalam nilai beberapa ukuran keselesaan. Beberapa had rendah ialah: tekanan wap sebanyak 14 mm; takat embun setinggi 19oC; suhu setara setinggi 56oC, suhu efektif 24oC dan pasangan suhu dan kelembapan relatif seperti yang berikut: 35oC dan 25 peratus, 30oC dan 40 peratus, 25oC dan 65 peratus. |
tree line | garisan pokok | Biologi | Ekologi | Kawasan di atas gunung yang tinggi, yang tidak boleh menampung pertumbuhan pokok. Misalnya, di gunung Kinabalu, Sabah, yang setinggi 4475 m, garisan pokok wujud pada kira-kira paras 4000 m. Persekitaran di sini amat sejuk ( suhunya boleh menjunam sehingga 0� C pada waktu malam ), dengan tiupan angin kencang serta sentiasa berawan. Kawasan ini juga sentiasa berawan. Kawasan ini juga berbatu, dan oleh yang demikian hanya tumbuhan herba, liken, dan alga sahaja yang boleh tumbuh di situ. |
planting bed | Batas penanaman | Pertanian | Agronomi | Kawasan tanah yang dibentuk 10 hingga 20 cm lebih tinggi daripada kawasan sekeliling dan digunakan sebagai tapak menanam tanaman, terutama sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Batas digemburkan dan diratakan sebelum tanaman disemai. Tujuan membuat batas adalah untuk memudahkan saliran air supaya tanaman tidak mengalami banjir dan memudahkan kawalan rumpai dan pembajaan. Saiz batas adalah mengikut saiz kawasan dan jenis tanaman. Contohnya, batas untuk penanaman sayur dibuat setinggi 15 cm dan lebarnya 90 cm. Panjang batas pula adalah mengikut keluasan tanah dan jarak antara batas, iaitu 60 cm. |
napier grass | rumput gajah | Veterinar | Tiada | Rumput yang ditanam dengan menggunakan keratan batang yang telah tua. Rumput ini mempunyai ciri-ciri pertumbuhan cergas, memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen, hasil bahan keringnya tinggi tetapi berkurangan pada musim kemarau. Rumput ini merupakan rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setinggi 2-5 meter. Namun, terdapat juga rumput jenis renek yang tingginya 1-1.5 meter. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan anak. Daunnya pula agak lebar, nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah peroi paling sesuai untuk tanaman rumput gajah. Ternakan lebih gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lebih lembut. Rumput gajah dipotong pada setiap 4-6 minggu dan hasil bahan keringnya ialah 20-30 tan/hektar setahun. Manakala, kandungan protein kasarnya pula sebanyak 10%. Nama saintifik: Pennisetum purpureum. |
Maillard reaction | tindak balas Maillard | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Tindak balas kimia antara asid amino dengan gula penurun yang menghasilkan warna keperangan serta perisa dalam makanan. Contohnya, roti, puding, kopi yang dipanggang dan bawang goreng. Tindak balas Maillard merupakan tindak balas pemerangan bukan enzimatik yang berlaku pada suhu setinggi 140°C hingga 165°C. Pada suhu yang terlampau tinggi proses pengkaramelan akan berlaku dan pemanasan yang berterusan akan menyebabkan berlakunya pirolisis. |