Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.um.pa.ma] | سأومڤام

Definisi : 1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.um.pa.ma] | سأومڤام

Definisi : sama halnya dgn; tak ada bezanya dgn: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpama (kata tugas)
Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;,
Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan,

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seumpama bunga di gaung batu,
     taruk kaca tangkainya embun.

Bermaksud :

Gadis yang cantik, terjaga dengan baik dan tak mudah didekati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
estrogenicestrogenicHerbaPemiawaianEkstrak herba yang mampu bertindak seumpama tindak balas hormon estrogen. Contohnya, ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum).
structural functionalismfungsionalisme strukturSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang melihat masyarakat seumpama struktur organisma biologi yang memiliki pelbagai bahagian yang saling bergantung antara satu sama lain. Fahaman ini melihat masyarakat sebagai suatu sistem yang teratur dan stabil. Ia cenderung kepada pemeliharaan keseimbangan dan tidak menyukai perubahan secara besar-besaran. Sinonim faham kefungsistrukturan.
barbarismbarbarismeKesusasteraanTiadaKesalahan dalam bentuk perkataan atau perkataan yang wujud daripada kesalahan seumpama itu atau dengan kata lain perkataan dibentuk dengan tidak mengindahkan tatabahasa.
polytypismpolitipismeKejuruteraanTiadaKetumbuhan berbentuk pilin pada dalam mika atau mineral lempung yang seumpama.
decision tree analysisanalisis pokok keputusanPengurusanPerancanganTeknik membuat keputusan dengan menggunakan rajah seumpama dahan dan ranting pokok, sebagai gambaran satu rantaian keputusan dan perbandingan alternatif keputusan yang lain. Penggunaan analisis pokok keputusan adalah untuk meneliti implikasi pembuatan keputusan yang berbilang atau hasil akhir yang dipengaruhi oleh situasi berbeza. Contohnya, analisis pembuatan keputusan untuk menilai keupayaan pembekal sebelum dilantik bagi melaksanakan sesuatu projek.
computer crimejenayah komputerTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerJenayah yang melibatkan penyalahgunaan komputer dan seumpama dengannya yang boleh didakwa di bawah akta jenayah komputer sesebuah negara. Jenayah ini meliputi cetak rompak perisian dan perkakasan, pengubahan dan pemusnahan sumber pemprosesan data dengan sengaja bagi tujuan jahat atau meraih keuntungan.
structural functional analysisanalisis fungsi strukturSains PolitikPolitik PerbandinganPendekatan yang melihat masyarakat seumpama struktur organisma biologi yang memiliki berbagai-bagai bahagian yang saling bergantung antara satu sama lain. Setiap bahagian memiliki fungsi masing-masing dan perlu dipenuhi bagi memelihara keseimbangan keseluruhan masyarakat. Kegagalan melaksanakan fungsi bahagian tertentu akan menyebabkan ketidakstabilan sistemnya dan turut mengganggu bahagian lain. Oleh itu, penyesuaian terpaksa dibuat bagi mengembalikan keseimbangan masyarakat tersebut. Contohnya, kepincangan atau kemelesetan dalam sektor ekonomi Indonesia pada tahun 1997 telah menggugat kestabilan politik dan menjatuhkan rejim Soeharto.
zona columnariszona kolumnarisBiologiHistologi dan SitologiBahagian membran yang terbentuk daripada sel-sel turus. Membran seumpama ini terdapat di rektum ruminan dan di dubur babi dan haiwan karnivor. Bahagian ini terbentuk daripada 5 – 8 lapisan membran mukosa mendatar yang diselangi dengan beberapa sinus dan mengandungi tompokan nodul limfa yang berselerak atau bertompok-tompok.
meridian observationcerapan meridianMatematikTiadaUkuran altitud jasad samawi pada meridian samawi pencerap atau altitud yang diukur seumpama itu.
synchondrosissinkondrosisBiologiHistologi dan SitologiPercantuman khusus di antara dua tulang yang terdiri daripada gentian rawan. Percantuman seumpama ini mengehadkan pergerakan tulang tersebut dan menjadi sendi tak bergerak.
123

Kembali ke atas