Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.pa.sia.pa] | سياڤا٢

Definisi : 1. orang yg tertentu: kakak tidak menunggu ~; 2. siapa juga, siapa pun: aku tidak mahu menyalahkan ~; 3. barang siapa, seseorang (orang yg tidak tentu): ~ yg di­dapati bersalah, akan dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.pa.sia.pa] | سياڤا٢

Definisi : 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siapa-siapa

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Anak haruan putih dada;
Siapa cepat dapat dahulu,
     Siapa kemudian putih mata.


Lihat selanjutnya...(124)
Peribahasa

Siapa sakit,
     siapa menyiuk.

Bermaksud :

Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh, b. Siapa makan cabai [= lada], ialah berasa pedas [= kepedasan]).

 

Lihat selanjutnya...(47)

170

The early bird catches the worm

Yang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntungan

Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata

There were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.

Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
proverbial phraseperibahasa prosaKesusasteraanTiadaPeribahasa yang panjang bentuknya biasanya dipakai oleh lingkungan yang beradat seperti trombo bagi masyarakat Minangkabau. Contoh: Hidup dikandung adat; Mati dikandung tanah. Hutang darah dibalas darah; Hutang nyawa nyawa padahnya. Hukum berdiri dengan saksi; Adat berdiri dengan tanda. Siapa menjala siapa terjun; Siapa berhutang siapa membayar; Siapa membunuh siapa kena bunuh. [Puisi Tradisional Harun Mat Piah hlm. 425]
double bind experimenteksperimen double bindPendidikanTiadaEksperimen yang dilakukan oleh pengkaji dan subjek yang tidak mengetahui siapa kumpulan rawatan dan siapa kumpulan kawalan.
whoeverbarang siapaUndang-undangTiadaTiada
who's whosiapa diaPerpustakaanTiadaTiada
whoever imaginesbarang siapa mengada-adakanUndang-undangTiadaTiada
guess who testujian teka siapaSosiologiTiadaTiada
prior appropriation doctrinedoktrin ambil guna terdahuluKejuruteraanTiadaTeori common law mengenai penggunaan air berdasarkan siapa cepat dia dapat tanpa mengambil kira pemilikan tanah.
double-blind testujian buta duaanPerubatanTiadaKajian tentang kesan ubatan yang subjek dan pengkaji tidak mengetahui siapa yang menerima ubatan. Sinonim: ujian buta duaan.
double-blind studykajian buta duaanPerubatanTiadaKajian tentang kesan ubatan yang subjek dan pengkaji tidak mengetahui siapa yang menerima ubatan. Sinonim: ujian buta duaan.
chain rhymerima berkaitKesusasteraanPuisiPuisi yang berkait pola rimanya, contohnya dalam gurindam a a atau syair a a a a. Barang siapa tiada memegang agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
123

Kembali ke atas