cyclic hydroccarbon | hidrokarbon siklik | Kimia | Tiada | Sebatian hidrokarbon yang sebahagian atau kesemua atom karbonya tersusun dalam bentuk gelang tertutup. Hidrokarbon siklik terbahagi kepada hidrokarbon siklik tepu (seperti sikloheksana) yang hanya mempunyai ikatan kovalen tunggal, dan hidrokarbon siklik tak tepu (seperti sikloheksena) yang mempunyai satu atau lebih ikatan ganda dua di antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Hidrokarbon aromatik (seperti benzena) juga merupakan hidrokarbon siklik tak tepu. |
cyclic adenocine monophosphate | monofosfat adenosin siklik (cAMP) | Veterinar | Praklinikal | Suatu nukleotid siklik; adenosina 3’ 5’ monofosfat siklik yang disintesiskan daripada ATP di bawah pemangkinan adenilat siklase. Kepekatannya dalam sel dikawal atur oleh metabolisme glukosa. cAMP berfungsi sebagai penghantar kedua dalam sel terutama dalam tindakan pelbagai hormon. |
cyclic adenosine monophosphate (cAMP) | adenosina monofosfat siklik (cAMP) | Herba | Fitokimia | Penyampai pesanan sekunder yang menyebabkan berlakunya kejadian turutan biokimia, seterusnya menghasilkan gerak balas fisiologi. Contohnya, penglibatan cAMP dalam menjadikan protein kinase aktif daripada keadaannya yang tidak aktif. Adenosina monofosfat siklik (cAMP) terbentuk daripada tindak balas enzim adenosina siklase (AC) ke atas adenosina trifosfat (ATP). Sinonim 3’,5’-AMP, adenosina 3’,5’-monofosfat, adenosina 3’,5’-fosfat siklik, adenosina 3’,5’-monofosfat siklik, AMP siklik. |
cyclic | berkitar; siklik | Kimia | Tiada | 1. Siklik: Berkaitan dengan sebatian yang atom-atomnya tersusun dalam struktur gelang. |
cyclic AMP | AMP siklik | Herba | Fitokimia | Lihat adenosina monofosfat siklik (cAMP). |
adenosine-3’, 5’-cyclic monophosphate | adenosina-3’,5’-monofosfat siklik | Kimia | Biokimia | Nukleotida siklik hasil tindak balas ke atas ATP yang memangkini adenil siklase. Sebatian ini berfungsi sebagai pengutus kedua kerana, apabila hormon (pengutus pertama) bergabung dengan sel, kepekatan nukleotida ini bertambah dan akan merangkaikan hormon dengan tindak balas pemangkin-pemangkin khusus dan komponen-komponen sel yang lain. |
adenosine 3’,5’-cyclic phosphate | adenosina 3’,5’-fosfat siklik | Herba | Fitokimia | Lihat adenosina monofosfat siklik (cAMP). |
adenosine 3’,5’-cyclic monophosphate | adenosina 3’,5’-monofosfat siklik | Herba | Fitokimia | Lihat adenosina monofosfat siklik (cAMP). |
cyclic | siklik | Kimia | Tiada | Berkaitan dengan sebatian yang atom-atomnya tersusun dalam struktur gelang. |
cyclic | berkitar; siklik | Fizik | Tiada | Tiada |