Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : X-ray. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dlm bidang penyelidikan dan per­ubatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ist sinar elektromagnet yg mem­punyai jarak gelombang yg pen­dek, dan mampu menembusi pepejal atau bahan yg legap, dan digunakan (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sinar-X


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continuous X-raysinar-X selanjarTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSinar-X yang terhasil apabila elektron berhalaju tinggi diperlahankan halajunya kerana tertarik dengan tenaga ikatan atom. Proses pelambatan ini akan menghasilkan sinar-X selanjar dan proses ini lebih dominan daripada sinar-X cirian. Sinar-X selanjar turut dikenali sebagai Bremsstrahlung.
secondary x-rayssinar x sekunderKejuruteraanTiadaSinar x yang dihasilkan daripada bahan yang tersinar oleh sinar x primer.
X-ray crystallographykristalografi sinar-XKimiaTiadaPenentuan struktur hablur melalui penggunaan teknik pembelauan sinar-X. Teknik ini dijadikan dengan meletakkan sampel di dalam pancaran sinar-X monokromatik, dan corak pembelauannya terakam pada plat fotograf. Corak yang lazim bagi hablur tunggal terdiri daripada barisan titik yang berpadanan dengan belauan daripada satah hablur yang berbeza. Stuktur hablur boleh ditentukan daripada kedudukan titik-titik tersebut. Ini boleh juga dilakukan dengan mengukur keamatan pembelauan sinar-X untuk menaksirkan ketumpatan elektron di dalam molekul hablur.
X-ray lithographylitografi sinar-XFizikNanoteknologiLitografi untuk membuat peranti semikonduktor atau bahan berstruktur yang amat kecil dalam saiz 10(2) nm dengan cara menyinarkan sinar-X ke atas topeng yang berada di atas wafer bersalut fotorintang. Jarak gelombang sinar-X ialah 0.8 nm atau kurang. Topeng diperbuat daripada bahan penyerap sinar-X seperti emas, sebatian tantalum atau tungsten. Contoh bahan berstruktur nano yang dibuat menggunakan litografi sinar-X ialah hablur fotonik.
characteristic X-raysinar-X cirianTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSinar-X yang terhasil apabila elektron-elektron luar mengisi kekosongan dalam orbit terdekat dengan nukleus sesuatu atom. Proses ini berlaku apabila elektron berhalaju tinggi dari luar atom sesuatu bahan sasaran menolak keluar elektron yang berada pada orbit terdekat dengan nukleus. Manakala elektron pada orbit luar akan melompat ke dalam untuk mengisi kekosongan tersebut. Tenaga yang terhasil akan menggambarkan unsur bahan sasaran yang digunakan. Sinar-X yang terhasil boleh digambarkan dengan menggunakan spektrum tenaga seperti rajah di bawah. Contoh sinar-X cirian digambarkan dengan dua puncak, Kα dan Kβ.
g. X-ray crystallographykristalografi sinar-XFarmasiBioteknologi FarmasiKaedah penentuan struktur tiga dimensi sesuatu molekul, seperti protein melalui analisis serakan sinar-X yang terhasil apabila sinar-X menghentam atom kristal yang dikaji.
Grenz raysinar GrenzFizikAtom dan NuklearSinar-X dengan jarak gelombang yang berada pada hujung spektrum sinar-X dengan julat dari 0.1 hingga 1nanometer. Sinar Grenz dihasilkan menggunakan tiub sinar-X yang khas yang beroperasi hanya pada voltan antara 5,000 hingga 15,000 volt.
diagnostic rontgenologydiagnosis sinar xKejuruteraanTiadaDiagnosis sesuatu penyakit menggunakan sebatian berlabel atau sinar x.
primary x-rayssinar x primerKejuruteraanTiadaSinar x yang dipancarkan secara langsung daripada punca.
scattered x-rayssinar x terserakKejuruteraanTiadaSinar x yang berubah arah tujunya dan meningkat panjang gelombangnya setelah melalui sesuatu medium.
12345678910...

Kembali ke atas