Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Ubat) kecacatan sejak lahir yg dicirikan oleh kepala dan muka yg lebar, mata yg sepet, hidung yg kemek, tangan dan kaki yg pendek dan daya berfikir yg lembap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kecacatan sejak lahir yg disebabkan oleh kerosakan pd kromosom, yg dicirikan oleh daya berfikir yg lembap dan keadaan fizikal yg tidak normal (spt kepala dan muka yg lebar, mata yg sepet, hidung yg kemik, serta tangan dan kaki yg pendek). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sindrom down


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Down syndromesindrom DownUmumTiadaKelainan pada kromosom 21 yang menyebabkan ciri-ciri seperti mata sepet, jari kaki tangan yang pendek dan gemuk serta lidah tebal. Individu sindrom Down lazimnya mengalami kurang upaya intelektual.
Down syndromesindrom DownPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang berpunca daripada masalah genetik atau kromosom terutama kromosom yang ke-21 yang berganda dua atau trisomi. Trisomi boleh berpunca daripada kecacatan dalam telur ibu atau sperma bapa. Punca ini juga boleh dikaitkan dengan umur perkahwinan lelaki atau perempuan. Individu yang berkahwin lewat berkemungkinan tinggi melahirkan anak sindrom Down. Individu yang mengalami sindrom Down biasanya akan mengalami kerencatan akal, di samping memperlihatkan ciri atau sifat fizikal yang serupa seperti mata senget, jari kaki tangan yang pendek dan gemuk, lidah sedikit terjulur dan rambut jarang.
Down's syndromesindrom DownPendidikanTiada

 Keadaan yang terhasil disebabkan ketidaknormalan kromosom. Terdapat tiga jenis sindrom Down iaitu trisomi, mosaikisme dan translokasi.

person with learning disabilityOKU pembelajaranUmumTiadaIndividu yang mengalami beberapa kecelaruan sehingga menyebabkan kesukaran untuk memperoleh, menyimpan, memahami, menyusun atau menggunakan maklumat lisan dan bukan lisan. Contohnya, GDD dan sindrom Down. Lihat juga GDD dan sindrom Down.
Down syndromesindrom DownPerubatanTiadaTiada
Down SyndromeSindrom DownPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Down syndromesindrom DownKejururawatanTiadaSuatu keabnormalan genetik akibat kecacatan kromosom, apabila terdapat 3 kromosom 21 (trisomi 21). Ciri-ciri fizikal utama ialah bentuk mata sepet, kepala bulat, hidung kemik, dan berbadan rendah. Kecerdasan mental rendah dengan IQ tidak melebihi 60.
mongolismemongolismeBiologiGenetiklih. sindrom Down.
trisomy 21trisomi 21BiologiGenetiklih. sindrom Down.
Down�s syndromesindrom DownPerubatanTiadaSindrom pada manusia akibat trisomi kromosom 21 atau tirsomi sebahagian daripada lengan panjang kromosom 21, yang tertranslokasi ke kromosom lain. Individu yang terlibat lazimnya terencat akal.
12

Kembali ke atas