synergism effect | kesan sinergisme | Herba | Fitokimia | Saling tindak antara dua atau lebih agen atau drug yang menghasilkan kesan kombinasi lebih besar daripada kesan yang diberikan oleh setiap agen. Kesan ini kadangkala digunakan dalam menyediakan ubat kombinasi seperti campuran kodeina dengan asetaminofen atau ibuprofen untuk meningkatkan tindakan kodeina bagi melegakan sakit. Dalam ubatan herba, fenomena kesan sinergisme sering diimplikasikan bagi menerangkan kesan pengubatan sediaan herba, walaupun kesan setiap konstituen dalam sediaan itu tidak mempunyai kesan tinggi seperti yang didakwa. |
synergism | sinergisme | Perikanan | Tiada | Tiada |
synergism | sinergisme | Veterinar | Tiada | Tiada |
synergism | sinergisme | Pertanian | Tiada | Tiada |
synergism | sinergisme | Farmasi | Tiada | Kesan bersama oleh dua atau lebih daripada dua zat yang menyebabkan jumlah kesan keseluruhan lebih besar daripada jumlah kesan setiap satunya yang diambil secara berasingan. |
synergism | sinergisme | Biologi | Fisiologi | Kerja sama dua atau lebih pensinergi sehingga memberi kesan yang lebih nyata daripada setiap pensinergi bekerja secara sendirian. Istilah ini merujuk juga kepada sinergi. |
synergism | sinergisme | Biologi | Ekologi | Tindak balas bersama bahan-bahan yang berbeza, yang mengakibatkan jumlah kesan menjadi lebih besar daripada jumlah kesan bahan itu secara berasingan. |
sinergism | sinergisme | Biologi | Patologi | Pertalian antara dua jenis atau lebih patogen, pestisid atau bahan lain yang memberikan kesan yang lebih jika dibandingkan dengan kesan setiap patogen, pestisid atau bahan lain tersebut secara bersendirian. |
synergism | sinergisme | Farmasi | Farmakologi | Tindakan bersama atau kerjasama antara dua atau lebih drug, otot dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang lebih besar dari basil tambah kesan setiap individu drug tersebut. Contohnya, pengambilan dua jenis antibiotik seperti penisilin dan aminoglikosida akan menghasilkan kesan rawatan yang lebih baik berbanding pengambilan antibiotik tersebut secara berasingan. |
sinergism | sinergisme | Bioteknologi | Tiada | Kesan gabungan tindakan dua bahan atau lebih yang mempunyai kesan yang sama. Gabungan tindakan ini menghasilkan kesan yang lebih tinggi berbanding dengan kesan tindakan bahan secara sendirian. |