Sir John Herschell's projection | unjuran Sir John Herschell | Geografi | Tiada | Tiada |
Newton’s laws of motion | hukum gerakan Newton | Mekanik | Gunaan | Tiga rumus yang (dibentuk oleh Sir Isaac Newton, 1666-1727) memerihalkan gerakan jasad yang halajunya jauh lebih rendah daripada halaju cahaya. Seluruh struktur ilmu mekanik dibentuk berdasarkan tiga hukum yang berkenaan. Rumus-rumus berkenaan ialah, hukum pertama Newton- jasad yang pada mulanya pegun, atau bergerak pada garis lurus dengan halaju yang malar, akan terus berkeadaan begitu sehinggalah jasad itu ditindak oleh daya tak terimbang. hukum kedua Newton – jasad yang ditindak oleh daya tak terimbang akan bergerak dengan pecutan yang berkadar langsung dengan magnitud daya tersebut dan pada hala tindakan daya itu. Pemalar perkadaran di antara daya F dan pecutan a dinamai jisim m bagi jasad tersebut. Bagi gerakan linear, hukum ini biasanya ditulis dalam bentuk persamaan sebagai F = ma. hukum ketiga Newton – apabila daya bertindak pada jasad, jasad itu akan mengenakan daya tindak balas yang sama, berlawanan dan segaris, iaitu bagi setiap tindakan, akan ada tindak balas yang sama dan berlawanan. |