refuse | sisa kayu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian pokok atau balak yang tidak boleh diusahasilkan dari hutan, atau tidak dapat digunakan dengan menguntungkan dalan undustri perkayuan, walapun sebagai kayu api. |
hog fuel | reja bahan api | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Sisa kayu yang telah diproses menggunakan mesin reja kepada ukuran yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan api dalam tahur dan dandang industri. |
refuse burner | pembakar sisa | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat yang dibina khas untuk membakar semua sisa kayu daripada kilang pemprosesan, seperti reja kayu, reja sayung, habuk kayu, dan kulit kayu yang tidak digunakan. Sebahagian daripada haba yang dihasilkan boleh digunakan untuk memanaskan air, bagi menghasilan wap yang digunakan untuk prses pengeringan kayu. |
medium density fibreboard | papan gentian ketumpatan sederhana | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan kayu yang dihasilkan dengan cara menghancurkan kayu keras atau sisa kayu lembut ke dalam gentian kayu dengan mencampurkan lilin dan pengikat resin untuk membentuk panel seperti papan. Papan ini kemudiannya dimampatkan dengan suhu dan tekanan tinggi dan dikemaskan menggunakan venir kayu. Kepingan papan ini banyak digunakan untuk membuat perabot atau dinding kerana sifatnya yang mesra alam, murah dan mempunyai ukuran yang tekal dan tetap serta mudah lentur |
slasher | pemotong reja | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat yang terdiri daripada beberapa bilah gergaji talam yang dipasang pada aci dan disusun pada jarak antara 48 cm hingga 120 cm. Alat ini digunakan untuk memotong reja sayung, reja tepi, dan sisa kayu yang lain mengikut ukuran yang sesuai untuk kayu api atau kayu pulpa, atau untuk memudahkan proses pengangkutan ke bahagian pembakar sisa. |
waste wood | kayu sisa | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian pokok atau kayu balak yang masih boleh digunakan tetapi tidak digunakan dengan sempurna. Misalnya, habuk kayu dan lebihan kayu yang boleh digunakan sebagai sumber bahan bakar; dan kayu balak pendek, kayu reja, dan potongan kayu gergaji boleh digunakan sebagai atap, tong, dan bilah kayu. |
biowaste | biosisa | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sisa yang terdiri daripada bahan organik yang boleh terurai dalam keadaan aerob dan anaerob. Contohnya, habuk kayu, sisa tumbuh-tumbuhan dan sisa makanan. |
charcoal | arang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Sisa berkarbon hasil daripada proses pembakaran tak lengkap bahan tumbuhan seperti kayu dan tempurung kelapa atau kelapa sawit, dan tulang haiwan. Arang merupakan hasil utama proses penyulingan memusnah kayu. Spesies kayu yang biasa digunakan untuk menghasilkan arang ialah kayu bakau dan kayu getah. Arang digunakan sebagai bahan api, penapis pernafasan, dan ubat bedil |
waste | sisa; reja kayu | Perhutanan | Tiada | Tiada |
soil amendment | pinda tanah | Pertanian | Tiada | Pembaikan pada sifat tanah dengan mencampurkan bahan seperti kapur, gipsm, abuk kayu, kompos, sisa tumbuhan atau bahan pembaik sintetik di permukaan tanah, untuk menggalakkan pertumbuhan tanaman. |