eurhythmics | euritmik | Kesenian | Tiada | Sistem latihan muzik untuk memahami ritma melalui gerak anggota. |
breathing exercise | olah pernafasan | Kesenian | Drama dan Teater | Sistem latihan untuk vokal dan pergerakan dalam teater yang memberikan tumpuan terhadap kaedah pernafasan yang betul bagi membina stamina dalam lakonan. |
laboratory training | latihan makmal | Pendidikan | Tiada | Sistem latihan amali yang dikendalikan dalam bilik yang dilengkapi dengan bahan atau peralatan yang sesuai bagi mengawal atau meningkatkan prestasi pelajar. |
apprentice system | sistem perantis | Kesenian | Tiada | Sistem latihan pelukis di bengkel pelukis terkemuka. |
solfege | solfege | Muzik | Tiada | Sistem latihan vokal yang menggunakan nama tertentu bagi setiap not dalam sesuatu skel. Contohnya, solfege bagi muzik Barat ialah do, re, mi, fa, so, la, ti. Solfege bagi muzik India ialah sa, re, ga, ma, pa, dha, ni. Solfege bagi muzik Bali pula ialah ding, dong, deng, dung, dang. Sinonim solfegio, solfegro. |
system implementation | pelaksanaan sistem | Teknologi Maklumat | Tiada | Fasa pembangunan sistem termasuk pengekodan, pengujian sistem, latihan pengguna dan penukaran fail. |
National Dual Training System (NDTS) | Sistem Dwilatihan Kebangsaan | Pengurusan | Tiada | Latihan kemahiran berorientasikan industri yang melibatkan dua situasi pembelajaran, iaitu latihan praktikal di syarikat dan latihan teori di Pusat Latihan NDTS. |
media training | latihan media | Komunikasi | Korporat | Latihan yang dilaksanakan bagi mengorientasikan petugas perhubungan awam mengenai budaya media dan kaedah pelaksanaan kerja dalam organisasi media. Jenis latihan tersebut termasuklah pengenalan agensi media yang beroperasi dalam sesebuah negara, sistem pengurusan, dan gaya penulisan berita dalam sesebuah agensi media. Tujuannya adalah untuk membantu petugas perhubungan awam memahami cara media beroperasi dan dapat membezakan gaya penulisan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi media. Selain itu, para petugas perhubungan awam sesebuah organisasi dilatih untuk mengendalikan petugas media dan aspek lain yang berkaitan dengan media. Latihan ini diberikan dari semasa ke semasa secara formal dan tidak formal, dirancang sendiri oleh organisasi atau melalui program latihan yang distruktur oleh institut atau badan profesional. Hasil latihan, petugas media boleh mendapat pengiktirafan dalam bentuk sijil, diploma, atau ijazah yang dikeluarkan oleh agensi yang diiktiraf. |
human resource information system (HRIS) | Sistem Maklumat Sumber Tenaga Manusia | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis sistem maklumat pengurusan yang direka bentuk untuk mengurus sumber manusia sesebuah organisasi. Sistem ini menyimpan data peribadi, rekod perkhidmatan, latihan, kesihatan, kepakaran dan kelulusan akademik. Kadang kala dirujuk sebagai sistem maklumat staf atau sistem maklumat kakitangan. Contohnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menggunakan sistem HRMIS untuk menguruskan kakitangan kerajaan. |
auditory training | latihan auditori | Sains Kesihatan | Tiada | Latihan yang dirancang untuk meningkatkan keupayaan sistem auditori. |