slendro | slendro | Muzik | Tiada | Skel lima not muzik gamelan Jawa. Skel ini mempunyai jeda yang hampir sama jarak antara satu not dengan satu not yang lain, iaitu lebih kurang VA ton. Skel slendro dimainkan dalam tiga mod atau pathet. Setiap not mempunyai namanya yang tersendiri, iaitu penunggul, gulu, dada, lima dan enem. |
slendro | slendro | Kesenian | Tiada | . |
pathet | pathet | Muzik | Tiada | Mod dalam skel pelog dan slendro bagi muzik gamelan Jawa yang mengandungi formula melodi, pic yang ditekankan dan kontur melodi tertentu. Contoh formula melodi dalam skel pelog pathet lima ialah 5421 atau 5321, sementara pic yang ditekankan ialah 1 dan 5. Formula melodi pelog pathet nem ialah 2165, sementara pic yang ditekankan pula ialah 2 dan 5. Formula melodi pelog pathet barang ialah 3276, pic 6 dan 2 ditekankan. Formula melodi slendro pathet nem ialah 6532, pic 2 ditekankan. Bagi slendro pathet sanga, formula melodinya ialah 2165, dan pic 5 ditekankan. Sementara formula melodi slendro pathet manyura ialah 3216 dan pic 6 ditekankan. Setiap pathet dikaitkan dengan suasana atau perasaan dan digunakan pada waktu persembahan wayang kulit yang berlainan. Sinonim patet. Lihat juga pelog, slendro.
|
demung | demung | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sehagai idiofon yang dipukul. Demung terdiri daripada beberapa keping gangsa yang dipanggil wilahan dan ditiunkan dalam skel slendro atau pelog. Kepingan tersebut diletakkan mendatar di atas kotak kayu dan dipukul dengan pemukul kayu. Saiznya besar dan tingkat nadanya rendah. Alat ini dimainkan dalam ensembel gamelan Jawa di Indonesia. |
celempung | celempung | Muzik | Tiada | Alat muzik traditional yang diklasinkasikan sebagai kordofon. Cclempung merupakan ziter yang dipetik, berbentuk kotak dan bertali logam yang dipetik dengan jari. Tali dilaraskan atau ditiunkan dalam skel slendro atau pelog. Alat ini dimainkan dalam ensembel gamelan Jawa di Indonesia. |
saron | saron | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Saron diperbuat daripada beberapa kepingan gangsa yang diletakkan secara mendatar di atas kotak kayu. Kepingan gangsa tersebut ditiunkan dalam skel slendro dan pelog di Indonesia, sementara di Malaysia kepingan gangsanya ditiunkan dalam skel pentatonik. Kesemua kepingan gangsa dipukul dengan pemukul kayu. Saron yang berasal dari Indonesia dimainkan dalam gamelan Jawa dan gamelan Melayu di Malaysia. Alat muzik tersebut terdapat dalam tiga saiz, iaitu saron bersaiz kecil, saron bersaiz sederhana dan saron bersaiz besar. |
siter | siter | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter. Siter terdiri daripada badan berbentuk kotak segi empat bujur. Beberapa utas tali logam dipasang pada badan dan tali dipetik dengan jari. Alat muzik ini ditiunkan dalam skel slendro atau pelog. Alat muzik ini menghasilkan melodi dalam lagu gamelan di Indonesia. |
penumbang | penumbang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Saiznya paling besar dan registernya pula paling rendah. Alat muzik ini terdiri daripada beberapa biji gong berbusut yang diletakkan secara mendatar di atas tali yang dipasang pada rangka kayu. Penumbang ditiunkan dalam skel slendro atau pelog. Gong berbusut ini dipukul dengan sepasang pemukul kayu yang berbalut. Penumbang memainkan pic tertentu daripada bahagian melodi asas dalam muzik gamelan. Alat muzik yang berasal dari Indonesia ini dimainkan dalam ensembel gamelan Jawa. |
selisir | selisir | Muzik | Tiada | Skel gamelan gong kebyar Bali. Silibal solfege ini disebut dengan ding, dong, deng, dung, dang, ding. Sinonim skel selisir. Lihat juga saih, slendro, pelog. |
kempul | kempul | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Kempul diperbuat daripada gangsa dan berbentuk gong besar berbusut. Alat muzik ini tergantung pada rak kayu dan dipukul pada busut dengan pemukul kayu yang dibalut dengan kain tebal. Kempul ialah set lima atau lebih biji gong yang ditiunkan dalam skel slendro dan pelog. Gong berbusut ini dimainkan dalam ensembel gamelan Jawa di Indonesia dan berfungsi sebagai alat penanda masa. |