net blotch | sopak jaring | Perhutanan | Tiada | Tiada |
blotchy ripening | kemasakan sopak | Pertanian | Tiada | Tiada |
blotchy ripening | kemasakan sopak | Pertanian | Agronomi | Berkaitan dengan keadaan buah yang masak tidak secara menyeluruh. Contohnya, buah tomato yang sebahagian buah sudah sempurna masak tetapi terdapat bahagian lain yang masih tidak masak. Keadaan ini berlaku akibat gangguan fisiologi yang disebabkan oleh cuaca mendung, kelembapan, kelebihan nitrogen dan kekurangan kalium. |
التفريق للعيب | perceraian sebab aib | Agama Islam | Fiqh | Perceraian yang berlaku di antara suami isteri disebabkan salah seorang daripadanya mengalami keaiban seperti gila, sopak, kusta, mati pucuk dan lain-lain. |
Ekor kucing | Acalypha hispida | Pertanian | Tiada | Tumbuhan ini dalam famili Euphorbiaceae. Tumbuhan jenis renik dengan ketinggian hingga 2 m. Daunnya berbentuk ovat (bujur telur) dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika, panjang dan berjuntai. Bunganya kecil berwarna merah tersusun rapat pada tangkai jambak sehingga membentuk rupa ekor kucing. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Akar dan batang digunakan untuk merawat ulser manakala kulit pokok digunakan untuk merawat lelah. Daun dan bunganya digunakan untuk merawat sakit kulit. Bunganya digunakan sebagai tampalan untuk menghentikan pendarahan dan tokak di kaki. Daun dan bunganya digunakan secara luaran untuk merawat sopak (vitiligo). Air rebusan bunga diminum untuk bengkak dalam usus, cirit-birit dan kecacingan. Daunnya mengandungi akalifin, flavanoid, saponin dan tanin. |
Acalypha hispida | ekor kucing | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae jenis renek dengan ketinggian sehingga 2 meter. Daunnya berbentuk ovat (bujur telur) dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika, panjang dan berjuntai. Bunganya kecil berwarna merah tersusun rapat pada tangkai jambak sehingga membentuk rupa ekor kucing. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Akar dan batang digunakan untuk merawat ulser manakala kulit pokok digunakan untuk merawat lelah. Daun dan bunganya digunakan untuk merawat sakit kulit. Bunganya digunakan sebagai tampalan untuk menghentikan pendarahan dan tokak di kaki. Daun dan bunganya digunakan secara luaran untuk merawat sopak (vitiligo). Air rebusan bunga diminum untuk merawat bengkak dalam usus, cirit-birit dan kecacingan. Daunnya mengandungi akalifin, flavonoid, saponin dan tanin. |