Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sopan-santun

Peribahasa

88

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Batu pun empuk, jangankan manusia

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genteelsopan-santunSejarahTiadaTiada
comitykomitiSejarahTiadaSikap sopan-santun dan saling hormat-menghormati antara individu, kumpulan atau negara.
honorific wordkata hormatKesusasteraanPuisiPerkataan yang dipilih dan diungkapkan oleh seseorang penyair yang mengandungi nilai-nilai hormat dan sopan santun. Contohnya, perkataan yang dipilih dan diungkapkan oleh seseorang penyair seperti perkataan ibunda untuk emak dan meninggal dunia atau mangkat untuk mati.
organisational ethicsetika organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

Amalan atau budaya kerja yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi berdasarkan tatacara yang mempunyai nilai-nilai murni. Antara unsur penting dalam etika organisasi termasuklah menepati waktu, bertanggungjawab, sopan santun, berbudi bahasa, telus, ikhlas dalam menjalankan tugas, mematuhi arahan dan memelihara keselamatan dan kepentingan harta organisasi. Persekitaran organisasi biasanya memainkan peranan penting dalam membentuk etika organisasi selain daripada peraturan organisasi, sikap pihak pengurusan atasan dan bentuk kerja atau tanggungjawab kakitangan. Etika berbeza dari sebuah organisasi dengan sebuah organisasi yang lain, misalnya, terdapat organisasi yang membenarkan kakitangannya berpakaian singkat atau mendedahkan dengan hasrat menonjolkan imej moden organisasi tersebut, manakala organisasi tertentu khasnya organisasi awam mempunyai etika tersendiri yang berasaskan adat dan budaya tempatan.

corporat advertisingpengiklanan korporatKomunikasiKorporatPengiklanan yang memberikan kesan sosial dan promosi citra organisasi. Ciri utama pengiklanan ini adalah mempromosikan maklumat yang memberikan kepentingan awam (khalayak, organisasi, dan pemerintah) dan maklumat yang memberikan kepentingan kepada organisasi penaja. Contoh maklumat yang memberikan kepentingan kepada awam ialah mesej tentang perpaduan, kerjasama, sopan santun, dan pemanduan berhemah. Sementara pengiklanan yang membawa mesej yang memberikan kepentingan kepada organisasi biasanya memberikan fokus kepada penonjolan citra organisasi. Pendekatan yang selalu digunakan adalah dengan memaparkan identiti syarikat, seperti nama, logo, dan slogan. Maklumat ini ditonjolkan atau disebut di sebarang bahagian iklan berkenaan, sama ada dalam media cetak atau media elektronik. Sesebuah syarikat atau organisasi biasanya akan memilih, menyokong, atau menaja jenis aktiviti, kempen, atau projek yang sesuai dan sehaluan dengan dasar atau falsafah penubuhan syarikat penaja. Aktiviti mengeluarkan kos pengiklanan ini
decoroussopanSejarahTiadaPerihal sifat atau tingkah laku yang tidak melanggar kesopanan atau peraturan yang lazim, bersopan santun atau beradat.

Kembali ke atas