Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sosial (kata nama)
Bersinonim dengan kemasyarakatan;
Kata Terbitan : bersosial,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social media influencerpempengaruh media sosialTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaIndividu yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi orang lain dalam media sosial menerusi kuasa, ilmu pengetahuan, kedudukan atau hubungannya dengan pengguna.
shadowbansekatan senyapTeknologi MaklumatTiadaTindakan syarikat media sosial yang mengehadkan keterlihatan kandungan hantaran di akaun media sosial pengguna, tanpa diketahui oleh pengguna tersebut secara langsung.
media-crime connectionhubungan media-jenayahKriminologiKeadilan JenayahPelaporan jenayah oleh media termasuk berita, kewartawanan, media sosial dan media perdana yang mempengaruhi tanggapan masyarakat tentang jenayah.
cosmetic advertisementiklan kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranKaedah atau bahan komunikasi yang disampaikan melalui media massa, media sosial dan media cetak. Iklan kosmetik memberitahu dan memujuk pengguna agar membeli atau menggunakan barangan dan perkhidmatan berkaitan kosmetik berasaskan herba.
coordinated inauthentic behavior (CIB)kelakuan manipulatif selarasTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTaktik memanipulasikan pemikiran awam dengan menggunakan pelbagai akaun media sosial sama ada yang tulen, pendua dan palsu untuk menyebarkan maklumat yang salah merentasi platform media sosial.
moral enterpreneuerpenjaja moralKriminologiTiadaIndividu atau kumpulan seperti media, ahli politik, pempengaruh media sosial atau penguat kuasa undang-undang yang melabelkan tingkah laku seseorang sebagai antisosial atau melencong untuk mempengaruhi masyarakat. Mereka juga berusaha untuk menyebarkan atau mempopularkan label ini dalam kalangan masyarakat. Contohnya, perbuatan merempit yang dilabelkan oleh polis sebagai tingkah laku antisosial dalam masyarakat.
moral entrepreneurusahawan moralKriminologiKeadilan JenayahIndividu atau kumpulan seperti media, ahli politik, pempengaruh media sosial atau penguat kuasa undang-undang yang melabelkan tingkah laku tertentu individu atau kumpulan sebagai antisosial dan tingkah laku melencong untuk mempengaruhi masyarakat. Mereka juga berusaha untuk menyebarkan atau mempopularkan label ini dalam kalangan masyarakat. Contohnya, perbuatan merempit yang dilabelkan oleh pihak polis sebagai tingkah laku antisosial dalam masyarakat.
social bookmarkingpenandaan media sosialTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTiada
content creationpenciptaan kandunganTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaProses menyediakan kandungan maklumat seperti video, blog atau catatan media sosial terutama dalam media digital untuk pengguna secara dalam talian.
content creatorpencipta kandunganTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaIndividu yang menyediakan kandungan maklumat seperti video, blog atau catatan media sosial terutamanya dalam media digital untuk pengguna secara dalam talian.
123456

Kembali ke atas