Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spa] | سڤا

Definisi : kep Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spa] | سڤا

Definisi : 1. tempat atau kolam mata air mineral yg mengandungi khasiat ubat-ubatan yg baik utk kesihatan: konsep penjagaan kesihatan dan ~ semakin popular dan membudaya di kalangan golongan korporat; 2. tempat yg menawarkan rawatan kesihatan dan kecantik­an dgn cara mandi wap, khidmat urut dsb; 3. jakuzi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spa] | سڤا

Definisi : 1 tempat atau kolam mata air mineral yg mengandungi khasiat ubat-ubatan yg baik utk kesihatan. 2 tempat atau pusat yg menawarkan rawatan kesihatan dan kecantikan dgn cara mandi wap, khidmat urut dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
SPASPAMeteorologiMeteorologi PerhubunganSingkatan bagi Sudden phase anomaly, iaitu apabila kilau suria terjadi, pengionan lebih pada lapisan D dalam hemisfera yang disinari matahari akan menyebabkan lapisan D kurang memantulkan gelombang panjang yang berasal dari permukaan bumi. Perubahan fasa secara tiba-tiba dapat dilihat di antara gelombang bumi dan gelombang pantulan langit, oleh alat penerima pada jarak yang agak jauh dari pemancar gelombang panjang.
health spaspa kesihatanPelanconganTiadaTempat untuk seseorang melakukan aktiviti yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.
Security Posture Assessment (SPA)Penilaian Tahap Keselamatan (SPA)Teknologi MaklumatTiadaTiada
retreat resortperanginan ketenanganPelanconganTiadaKawasan yang dibangunkan dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan, seperti penginapan, pusat rekreasi dan spa sebagai tempat untuk mencari ketenangan.
raw datadata mentahTeknologi MaklumatTiadaData yang belum diproses dan dianalisis. Data mentah juga digunakan untuk merujuk kepada data yang telah disimpan di dalam pangkalan data tetapi belum diproses. Contoh data mentah ialah perincian yang diisi dalam borang UPU atau borang permohonan kerja SPA, data bancian, data soal selidik dan data cerapan.
sompotonsompotonMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis alat paip berid yang tidak terkawal. Sompoton merupakan sejenis organ mulut yang terdiri daripada tujuh buluh yang berbeza panjangnya dan disusun seperti rakit berganda dua. Sekeping rid terkandung di dalam setiap buluh dan satu lubang jari dipotong pada sisinya. Bahagian hujung kesemua buluh ditutup rapat di dalam sebiji labu. Udara ditiup ke dalam labu dan lubang jari ditutup dengan jari untuk menghasilkan pic tertentu. Alat muzik ini ditiunkan dalam skel pentatonik. Sompoton menghasilkan melodi dan harmoni dalam muzik solo untuk hiburan. Alat muzik ini terdapat di Sabah dan dimainkan dalam muzik rakyat oleh suku kaum Kadazan. Lihat spa

officiumofficiumMuzikTiada

 Lapan waktu upacara sembahyang yang diadakan setiap hari di gereja Roman Katolik. Upacara ini melibatkan nyanyian him, psalm, kantikel, responsory, bacaan dan doa. Waktu sembahyang tersebut ialah matins pada pukul 3.00 pagi, lauds pada waktu subuh, prime pada pukul 6.00 pagi, terce pada pukul 9.00 pagi, sext pada waktu tengah hari, none pada pukul 3.00 petang, vespers pada pukul 6.00 petang dan com­pline pada waktu malam.spa


Kembali ke atas