Izod test | ujian Izod | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Ujian hentaman menggunakan bandul berayun yang menghentam spesimen bertakuk. Spesimen dipasang menegak dan dikapit di bahagian bawahnya dengan hujung atasnya bebas. Takukan pada spesimen dipasang menghadap arah bandul mula dilepaskan. Ujian hentaman merujuk kepada satu ayunan bandul sahaja. Tinggi ayunan bandul selepas hentaman dijadikan ukuran tenaga yang diserap dan menunjukkan kekuatan bahan spesimen. Ujian ini hampir serupa dengan ujian Charpy, hanya berbeza spesifikasi spesimen corak. |
Wobler test | ujian Wobler | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Ujian kelesuan yang dijalankan kepada spesimen bahan dengan cara menggegarkan atau menggoyangkan spesimen secara tidak seragam. Spesimen diuji dengan cara memegang salah satu hujungnya dengan cuk berputar dan beban bebola dipasangkan pada hujung yang satu lagi. |
voucher specimen | spesimen baucar | Herba | Tiada | Pemaparan spesimen bahagian herba terawet yang disediakan menurut kaedah tertentu. Spesimen baucar ini disimpan dalam herbarium bagi tujuan rujukan dan pengenalpastian herba berdasarkan ciri morfologi. |
Spesimen sputum | sputum teraruh | AIDS | Tiada | Spesimen sputum yang diperoleh melalui kaedah semburan salin supaya batuk dan seterusnya disedut. Kaedah ini digunakan untuk mengesan mikroorganisma seperti pneumocystis carinii. |
bending strength | kekuatan lentur | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Perihal keupayaan kayu menanggung beban yang bertindak tegak lurus pada arah paksi utama spesimen. Ukuran daya menahan atau kerintangan spesimen kayu ini dinyatakan sebagai modulus kepecahan spesimen berkenaan. Nilai kekuatan lentur sesuatu jenis kayu bergantung pada ketumpatan, kandungan lembapan, dan jenis ira. |
plant specimen | spesimen tumbuhan | Pertanian | Agronomi | Contoh tanaman untuk dijadikan sampel kajian. Contohnya, bagi pokok mangga, spesimen daun yang keempat dari pucuk diambil untuk analisis kandungan nutriennya. |
lectotype | lektotip | Biologi | Ekologi | Spesimen yang dipilih daripada bahan-bahan asal untuk menggantikan tip spesimen yang hilang. |
actual arrangement | susunan ideal | Perpustakaan | Tiada | Penempatan fizikal spesimen yang boleh dilihat atau disentuh seperti spesimen stem pos atau buku. |
retardation | lambatan | Fizik | Optik | Perbezaan dalam jarak optik antara sinar yang melalui spesimen dan yang tidak melalui spesimen dalam mikroskopi interferens. |
freeze-fracturing | perakaan sejuk-beku | Kimia | Biokimia | Perakaan permukaan sesuatu spesimen yang dibekukan dengan menggunakan mata pisau untuk tujuan menyediakan spesimen bagi mikroskop elektron. |