Treponema | Treponema | Perubatan | Tiada | Satu genus spiroket yang terdiri daripada parasit dan mikroorganisma patogen yang berpintal, misalnya T. pallidum menyebabkan sifilis. |
avian spirochitosis | spirokitosis unggas | Perubatan | Tiada | Jangkitan spiroket Borrelia anserina pada unggas. |
antispirochetic | antispiroket | Perubatan | Tiada | Bahan yang dapat memusnahkan spiroket. |
yaws | puru | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit berjangkit sistemik akibat infeksi spiroket Treponema pertenue. Penyakit ini lazimnya dihidapi oleh kanak-kanak di kawasan tropika. Antara ciri penyakit ini ialah lesion bergranuloma di seluruh tubuh yang akhirnya berkembang menjadi lesion seperti pada penyakit sifilis. Keadaan ini akhirnya boleh merosakkan tulang. |
yaws | puru | Kejururawatan | Tiada | Sejenis penyakit berjangkit sistematik akibat infeksi spiroket Treponema pertenue. Penyakit ini lazimnya dihidapi oleh kanak-kanak di kawasan tropika. Antara ciri penyakit ini ialah lesi bergranuloma di seluruh tubuh yang akhirnya berkembang menjadi lesi seperti pada penyakit sifilis. Keadaan ini akhirnya boleh merosakkan tulang. |
yaws | puru | Perubatan | Tiada | Penyakit menular dan berjangkit yang berlaku di kawasan tropika disebabkan spiroket Treponema pertenue. Penyakit ini bercirikan lesi ulser primer kulit diikuti peringkat sekunder yang melibatkan tulang. |
frameboesia | puru | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit sistemik, yang banyak berlaku di kawasan tropika, akibat jangkitan spiroket Treponema pertenue pada kulit dan tisu di bawahnya. |
chloramphenicol | Chloramphenicol | Perubatan | Tiada | Nama kimia: d-treo-2-dikloroasetamido-1-(4-nitrofenil) propana-1,3-diol; C11H12Cl2N2O5. Sejenis antibiotik yang luas aktivitinya, yang berkesan terhadap bakteria gram positif dan negatif, riketsia dan spiroket tertentu. |
bacteria | bakteria | Perubatan | Tiada | Mikroorganisma prokariot unisel yang biasanya diselaputi dinding sel, dan membiak secara pembahagian sel. Organisma ini mungkin aerob atau anaerob, motil atau bukan motil, dan hidup sama ada secara bebas atau sebagai saprofit, parasit atau patogen. Mikroorganisma ini dikelaskan mengikut bentuk, misalnya basilus berbentuk rod, kokus berbentuk sfera, dan spiroket berbentuk pilin. |
crista | krista | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Rabung. 2. Lapik pada lapisan membran dalam mitokondrion yang menghala ke dalam dan membina satu laluan yang berterusan di antara satu hujung dengan satu hujung yang bertentangan. Lapik ini kelihatan diliputi oleh zarah granul (zarah elementari) apabila diwarnai dengan pewarna negatif. Granul ini juga mengandungi sistem enzim yang digunakan dalam proses pengoksidaan respirasi. 3. Banjaran sel deria dan sel sokong di dalam ampula yang bercantum dengan saraf auditori dan berfungsi mengesan gerakan menyedut dan memancut. 4. Unjuran daripada ektolof ke tengah lurah molar lofodon. 5. Membran halus yang melekat pada badan spiroket tertentu. 6. Ligul daun palma. 7. Rabung memanjang pada bakteria tertentu. |