Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spp


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Madura footkaki MaduraBiologiMikologiPenyakit tak berjangkit yang disebabkan oleh kulat patogen, misalnya Nocardia spp., Streptomyces spp.,Madurella spp., Aspergillus spp., dan Allescheria boydii. Penyakit ini dicirikan oleh pembentukan tumur tisu subkulitan yang bergranuloma dan bernanah, biasanya pada kaki atau tangan. misetoma
duriandurianPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Durio spp. Coelostegia spp., dan Neesia spp. daripada famili Bombacaceae. Spesies utama kayu durian termasuk Durio malaccensis, D. oxleyanus, Coelostegia borneesis, C. griffithii, Neesia altissima dan N. malayana. Gubal kayu durian berwarna keputih-putihan bagi Durio spp., kuning pucat bagi Neesia spp., dan kuning jingga bagi Coelostegia spp. Bagi Durio spp. dan Neesia spp., gubal kayunya mudah dibezakan daripada teras kayu masing-masing, yang berwarna coklat merah jambu dan coklat kelabu. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 420 hingga 800 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Bagi genus Neesia, tekstur kayunya agak keras dan sekata, dan bagi genus Durio dan Colostegia, tekstur kayunya tidak sekata. Kayu ini agak kuat, mudah dikerjakan, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah, tetapi mudah diawet. Sifat pengeringannya berbeza-beza mengikut spesies. Kayu durian digunakan untuk kerja binaan dalaman, rangka pintu dan tingkap, lan
bangkalbangkalPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai kayu Nauclea spp., Neonauclea spp., dan Ochreinauclea spp. daripada famili Rubiaceae. Nama lain di Semenanjung ialah mengkal, dan di Sarawak termasuk jengkai dan lenggaung. Spesies utama kayu ini ialah Nauclea officinalis, Neonauclea pallida, dan Oorchreinauclea maingayi. Gubal kayu bangkal berwarna lebih muda daripada teras kayunya yang berwarna kuning cerah, dan warna gubal kayu beransur-ansur bersatu dengan warna teras kayu. Teksturnya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu jenis ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 435 hingga 1000 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan agak kuat. Kayu bangkal mudah diproses dan mempunyai ketahanan semula jadi yang baik, dan sesuai untuk venir, papan lapis, perabot, lantai, dan kayu alas angkut.
arauarauPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Austrobuxus spp., Cephalomppa spp., dan Drypetes spp. daripad famili Euphorbiaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah lidah-lidah, di Sabah termasuk kayu mapa, mentulang, dan odopon putih. Antara spesies utama kayu arau ialah Austrobuxus, nitidus, cephalomappa malloticarpa, dan drypetes macrophylla. Gubal kayu arau agak sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna putih jerami semasa segar dan menjadi kuning muda apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan berira lurus. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 705 hingga 855 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu sederhana keras dan berat. Kayu arau mudah diproses dan dikeringkan tanpa mengalami kecacatan yang teruk. Kayu ini sesuai dijadikan tiang, gelegar, alang, lantai, dan juga digunakan untuk membuat perabot.
bakaubakauPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Bruguiera spp., Ceriops spp., dan Rhizophora spp. daripada famili Rhizophoraceae yang terdapat di hutan paya. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk berus, berus mata buaya, mata buaya, lenggadai, tumu, dan tengar dan di Sabah termasuk lenggadai putut, beus, dan bangkita. Gubal kayunya mempunyai pelbagai peringkat warna coklat, iaitu pada peringkat kekuningan hingga kepada peringkat keunguan, dan teras kayunya berwarna coklat kelabu dan coklat merah, tetapi menjadi lebih gelap apabila terdedah. Kayu bakau mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 835 hingga 1170 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras dan berat. Kayu ini sukar digergaji, diketam, dan dikeringkan. Kayu bakau biasanya berukuran kecil dengan garis pusat yang kurang daripada 15 cm. Kayu ini biasanya digunakan sebagai pancang, kayu jaras, kayu cerucuk, kayu api dan menghasilkan arang kayu, pulpa dan kertas.
nyatuhnyatuhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Palaquium spp., Ganua spp., dan Payena spp. daripada famili Sapotaceae. Nama tempatannya di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ialah berbagai-bagai nama nyatuh. Nama lain di Semenanjung termasuk mentua taban, taban, taban merah, dan sundik, dan di Sarawak ialah jangka dan rian. Terdapat lebih 20 spesies utamanya, dan antaranya ialah Ganua curtisii, G. kingiana, Palaquium gutta, Pal. maingayi, Payena dasphylla dan Pay. lanceolata. Gubal kayu nyatuh berwarna lebih muda dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna merah jambu atau coklat merah. Tekstur kayunya halus atau sederhana kasar, dengan ira yang lurus, bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 400 hingga 1075 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringgan. Kayu ini mempunyai sifat pengeringan yang berbeza-beza mengikut spesies. Kayu yang ringan lebih mudah dikerjakan daripada kayu yang lebih berat. Ketahanan semula jadinya sederhana tetapi sukar diawet. Ka
samaksamakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Adinandra spp., Gordonia spp., dan Schima spp. daripada famili Theaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah gatal-gatal, gegatal, jalung, medang gatal, mengkula, samak pulut, tiup-tiup, dan tiup, di Sabah ialah bawing dan meluluk, dan di Sarawak ialah legai dan tekoyong-koyong. Spesies utamanya termasuk Adinandra villosa, Gordonia concentricicarix, dan Schima wallichii. Gubal kayu samak berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna merah atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi sukar dikemas siap, mengering dengan perlahan, tidak tahan dan sukar diawet. Kayu samak boleh digunakan untuk lantai, papan panel, papan lapis, dan keranka pintu dan tingkap.
resakresakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Vatica spp dan Cotylelobium spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah damar keluang, jenuong dan keruing babi. Terdapat tidak kurang daripada 35 spesies kayu resak, termasuk Vatica pauciflora, V. Bancana, Cotylelobium malayanum, dan C.melanaoxylon. Gubal biasanya berwarna lebih muda, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya bagi Cotylelobium spp., tetapi sukar bagi Vatica spp., teras kayunya berwarna kuning pucat, dan berubah menjadi coklat bagi Cotylelobium spp., dan menjadi coklat bagi Vatica spp. apabila terdedah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 655 hingga 1152 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras berat. Kayu Cotylelobium spp. agak mudah diproses berbanding dengan kayu Vatica spp. kayu resak sangat tahan tetapi lambat mengering dan sukar diawet. Kayu ini sesuai untuk semua kerja binaan berat, seperti jambatan, kayu cerucuk, perabot tahan lasak dan tiang elektrik.
gloxinia (Sinningia spp.)gloksinia (Sinningia spp.)PertanianTiadaTiada
mustard (Brassica spp.)mustard (Brassica spp.)PertanianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas