ancillary staff | staf sokongan | Pendidikan | Tiada | Staf yang tidak mengajar di sekolah atau institusi pendidikan yang melakukan kerja sokongan seperti perkeranian dan tugas baik pulih. |
software documentation | dokumentasi perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Dokumentasi kod sumber dan teks yang ditulis berserta perisian komputer. Dokumentasi ini menerangkan cara perisian tersebut digunakan. Dokumentasi merupakan salah satu aktiviti yang penting dalam kejuruteraan perisian. Beberapa jenis dokumentasi adalah seperti yang berikut: i) Dokumentasi reka bentuk atau seni bina yang merangkumi gambaran keseluruhan pembangunan perisian, hubungan dengan persekitaran dan prinsip-prinsip pembangunan yang digunakan dalam reka bentuk komponen perisian. ii) Dokumentasi teknikal, termasuklah kod dokumentasi, algoritma, antara muka dan antara muka atur cara aplikasi (API). iii) Dokumentasi pengguna akhir, termasuklah penyediaan manual untuk pengguna, pentadbir sistem dan staf sokongan. iv) Dokumentasi pemasaran, termasuklah cara untuk memasarkan produk dan analisis bagi permintaan pasaran. |
staff function | fungsi staf | Pentadbiran | Tiada | Tugas pengurus yang memberi nasihat dan sokongan kepada pengurus lain dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan ke arah menjadikan organisasi itu lebih efisien. |
force-field analysis | analisis medan daya | Pengurusan | Perancangan | Proses menentukan daya penarik dan daya penolak terhadap sesuatu perubahan yang dicadangkan. Contoh daya penarik ialah faktor-faktor yang menggalakkan atau mempercepat sesuatu perubahan yang ingin dilakukan oleh organisasi seperti sokongan sumber atau infrastruktur. Contoh daya penolak pula ialah kekangan sumber atau masalah sikap dalam kalangan staf. Tujuan analisis medan daya dilakukan adalah untuk meningkatkan daya penarik dan menyingkirkan daya penolak bagi memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan berkesan. |