Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stén.sil] | ستينسيل

Definisi : (sténsil) 1. helaian kertas atau kepingan nipis plastik, logam, dsb yg ditebuk utk menghasilkan huruf, reka bentuk, dsb apabila dakwat atau warna disapukan padanya; 2. helaian kertas berlilin yg digunakan pd mesin taip utk membuat stensil bagi mencetak huruf dsb; menstensil mencetak semula dgn stensil; stensilan rakaman yg dibuat dgn stensil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stén.sil] | ستينسيل

Definisi : /sténsil/ alat utk merakamkan tulisan atau gambar. distensil disalin atau dirakamkan dgn menggunakan stensil. stensilan rakaman atau salinan yg dibuat dgn stensil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stensil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stensil-siapstensil-siapKesenianSeni BatikProses membatik dengan menggunakan blok stensil. Mula-mula kain yang dibentangkan pada meja stensil, dicap dengan blok stensil beberapa kali bergantung pada corak dan warna yang diperlukan, biasanya empat warna, kemudian dimatiwarnakan dengan mengukusnya, dan dikincah dan akhirnya dijemur. Kain yang diperoleh disebut sebagai batik stensil-siap.
stensil-lilinstensil-lilinKesenianSeni BatikProses membatik dengan menggunakan stensil dan sarang, diikuti dengan proses mati warna, sebelum dibasuh dan dijemur. Mula-mula kain dicap dengan stensil, bilangannya bergantung pada corak dan warna, kemudian dimatiwarnakannya dengan mengukusnya di dalam kukus. Sesudah dikeringkan, proses membatik akan diteruskan dengan proses pukul lilin, yang dimulai dengan memukul tutup bunga pada bunga corak yang sudah dicap dengan stensil. Sesudah itu, jika diperlukan, dipukul rintik, diikuti dengan celup warna (biasanya warna coklat), mati warna, kincah, rebus dan akhirnya dijemur. Kain yang dihasilkan disebut sebagai batik stensil-lilin. blok-stensil.
microcircuit stensilstensil mikrolitarFizikTiadaTiada
batik stensil-siapbatik stensil-siapKesenianSeni BatikBatik atau kain batik yang warna corak di sebelah luarnya kelihatan lebih jelas daripada yang di sebelah dalamnya yang dihasilkan dengan menggunakan stensil-siap tanpa menggunakan lilin. batik stensil sudah selalu.
blok-stensilblok-stensilKesenianSeni Batiklih. stensil-lilin.
corong stensilcorong stensilKesenianSeni Batiklih. kelongsong stensil.
meja tulis stensilmeja tulis stensilKesenianSeni BatikMeja membatik yang besarnya kira-kira 8 kaki x 5 kaki (40 kaki persegi) yang mempunyai cahaya di bahagian bawahnya dan digunakan sebagai tempat untuk melukis corak pada stensil yang akan dijadikan blok-stensil.
meja stensilmeja stensilKesenianSeni BatikMeja membatik yang besarnya kira-kira 8 kaki x 5 kaki yang digunakan sebagai alas kain yang hendak dicap dengan blok stensil.
batik stensil-lilinbatik stensil-lilinKesenianSeni BatikKain batik yang warna corak di sebelah luarnya sama jelas dengan di sebelah dalamnya, dan dihasilkan dengan menggunakan stensil-lilin.
kelongsong stensilkelongsong stensilKesenianSeni BatikAlat daripada logam tipis yang dibentuk seperti kon, dan bermata kecil pada bahagian hujungnya yang tirus, yang berfungsi sebagai pena untuk melukis corak pada skrin. corong stensil.
12345

Kembali ke atas