Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sté.tos.kop] | ستيتوسکوڤ

Definisi : (stétoskop) (Ubat) alat yg digunakan oleh doktor utk mendengar bunyi dlm tubuh (bunyi degupan jantung, pernafasan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sté.tos.kop] | ستيتوسکوڤ

Definisi : /stétoskop/ alat yg digunakan oleh doktor utk mendengar bunyi dlm tubuh orang yg diperiksanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stetoskop


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stethoscopestetoskopVeterinarTiadaTiada
stethoscopestetoskopPerubatanTiadaAlat yang digunakan oleh ahli perubatan untuk mendengar bunyi yang dihasilkan dalam badan. Alat ini terdiri daripada bahagian pengesan yang disambungkan ke bahagian telinga melalui tiub getah.
chestpiece (stethoscope)kepingan dada (stetoskop)VeterinarTiadaTiada
diechoscopediekoskopPerubatanTiadaSejenis stetoskop untuk mendengar dua bunyi yang berlainan di dua bahagian yang berlainan pada masa yang sama.
auscultationauskultasiKejururawatanTiadaTeknik untuk mendengar bunyi di dalam badan dengan menggunakan stetoskop.
vocal resonanceresonans vokalPerubatanTiadaBunyi suara pertuturan biasa, seperti yang dapat didengar melalui stetoskop yang diletakkan pada dinding dada.
heart soundbunyi jantungKejururawatanTiadaBunyi jantung normal lub-dub yang dapat didengar dengan bantuan stetoskop. Bunyi lub dihasilkan dengan penutupan injap mitral dan trikuspid, manakala bunyi dub dengan penutupan injap aorta dan pulmonari.
rhonchirhonkiPerubatanTiadaBunyi abnormal yang dihasilkan oleh udara semasa melalui bronkus yang sempit. Bunyi ini boleh didengar dengan menggunakan stetoskop semasa pesakit menarik dan menghembus nafas.
rhonchirhonkiKejururawatanTiadaBunyi abnormal yang dihasilkan oleh udara semasa melalui bronkus yang sempit. Bunyi ini boleh didengar dengan menggunakan stetoskop semasa pesakit menarik dan menghembus nafas.
beatdenyutPerubatanTiadaGerakan turun naik atau kembang kempis sesuatu struktur, misalnya gerakan nadi dan jantung. Gerakan ini dapat dilihat, dirasa atau didengar dengan menggunakan stetoskop.
12

Kembali ke atas