feed plate | plat suapan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Plat tempat suapan dimasukkan ke dalam turus penyulingan atau penyerapan. Aliran suapan adalah dalam bentuk cecair, wap atau campuran kedua-duanya. |
combined feed ratio | nisbah suapan tergabung | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah jumlah suapan (termasuk pusingan semula) terhadap suapan baru. Singkatan CFR. |
biodiesel feedstock | stok suapan biodiesel | Pertanian | Agroteknologi | Bahan mentah yang diproses untuk menjadi biodiesel, contohnya minyak sawit. Stok suapan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu bahan yang boleh dimakan dan bahan yang tidak boleh dimakan. Contoh bahan yang boleh dimakan ialah minyak kelapa sawit, minyak kacang soya, minyak jagung dan minyak bunga matahari. Contoh bahan yang tidak boleh dimakan pula ialah minyak jarak, minyak jojoba dan minyak alga. Terdapat kontroversi etika mengenai penggunaan bahan makanan seperti jagung dan kacang soya sebagai stok suapan biodisel dalam keadaan penduduk dunia yang lebih memerlukan makanan berbanding dengan penggunaannya sebagai bahan bakar. |
feeding device | peranti suapan | Kejuruteraan | Tiada | Peranti yang menghulurkan suapan kepada pengguna. |
offset feed | suapan ofset | Aeroangkasa | Tiada | Sistem antena yang mempunyai hon suapan di luar paksi utama. |
feed | beri makan; bahan makanan; suapan | Kejuruteraan | Tiada | 2. Suapan: Proses membawa bahan secara berterusan seperti kertas cetakan, reben pencetak, pita rakam magnetik dan sebagainya mengikut keadaan dan keperluan mekanisme tersebut. |
feed track | landasan suapan | Kejuruteraan | Tiada | Laluan yang digunakan setiap kali proses suapan dilakukan. |
buttonhook feed | cangkuk bebutang suapan | Aeroangkasa | Tiada | Rod berbentuk seperti tanda soal untuk menyokong hon suapan dan penguat hingar rendah. |
feedwater pump | pam air suapan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peralatan yang digunakan untuk mengalirkan air di dalam sistem air suapan. |
feedwater tank | tangki air suapan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Binaan yang digunakan untuk menyimpan air di dalam sistem air suapan. |