subsystem autonomy | autonomi subsistem | Sains Politik | Politik Perbandingan | Autonomi atau kuasa yang dimiliki oleh satu bahagian dalam satu sistem yang lebih besar. Sistem yang besar ini boleh dibahagikan kepada beberapa subsistem. Subsistem tersebut pula memiliki autonominya sendiri seperti menentukan dasar, belanjawan dan perancangan pengurusan. Contohnya, majlis perbandaran memiliki autonominya sendiri dalam negeri yang mengamalkan sistem persekutuan. |
international subsystem | subsistem antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Sebahagian daripada sistem antarabangsa. Dalam konteks serantau, subsistem antarabangsa terdiri daripada sistem yang terdapat di rantau geografi seperti Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Eropah Barat. Subsistem merangkumi semua interaksi seperti ekonomi, politik, sosial dan keselamatan dalam sesuatu rantau tersebut. Daripada segi ideologi, subsistem berasaskan kepada pegangan ideologi tertentu seperti komunisme, demokrasi, liberalisme dan sosialisme. |
industrial engineering subsystem | subsistem kejuruteraan industri | Teknologi Maklumat | Tiada | Subsistem ini terdiri daripada jurutera industri yang mengkaji sistem fizikal supaya lebih efisien. |
DBMS engine | enjin SPPD | Teknologi Maklumat | Tiada | Subsistem Sistem Pengurusan Data (SPPD) yang memproses permintaan daripada subsistem SPPD yang lain. |
modular design | reka bentuk modular | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Teori dan amalan yang membahagikan reka bentuk kepada subsistem yang dikenali sebagai modul. Subsistem boleh dibina, diubah suai secara bebas dan boleh digunakan atau ditukar ganti dalam sistem yang berbeza-beza. Contohnya, perkakasan dan perisian komputer yang direka secara modular. |
system integration | persepaduan sistem | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses penggabungan dua atau lebih sistem atau subsistem menjadi satu sistem yang terjalin rapi yang saling operasi antara satu sama lain. Sinergi sistem hasil persepaduan ini menjadikan fungsi sistem yang lebih berkesan dan lebih baik dibandingkan dengan setiap subsistem secara sendirian. Contohnya sistem maklumat universiti UKM (rujuk www.ukm.my) |
subsystem | subsistem | Geografi | Tiada | Tiada |
subsystem | subsistem | Komputer | Tiada | Tiada |
subsystem | subsistem | Aeroangkasa | Tiada | Sebahagian daripada sistem yang melakukan tugasan yang tertentu. |
output subsystem | subsistem output | Komputer | Tiada | Tiada |