freezing level | aras beku | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Aras dalam atmosfera yang suhunya 0�C. Dalam peristilahan penerbangan, altitud terendah dalam atmosfera yang udaranya bersuhu 0�C. Konsep ini menjadi rumit sedikit dengan adanya satu lapisan udara atau lebih yang suhunya melebihi takat beku yang terbentuk akibat songsangan suhu di altitud lebih tinggi daripada aras beku, seperti yang ditakrifkan di atas. Dalam fizik awan, konsep ini menjadi rumit sedikit dengan adanya satu lapisan udara atau lebih yang suhunya melebihi takat beku yang terbentuk akibat songsangan suhu di altitud lebih tinggi daripada aras beku, seperti yang ditakrifkan di atas. Dalam fizik awan, konsep ini lebih tepat diistilahkan sebagai aras lebur kerana peleburan ais selaunya berlaku pada suhu menghampiri 0�C, tetapi titis cecair awan mungkin berkeadaan adisejuk pada suhu yang jauh lebih rendah. |
stratosphere | stratosfera | Sains | Hidrometeorologi | 1. Lapisan atmosfera di atas troposfera tetapi di bawah mesosfera. Ia menganjur dari tropopaus ke ketinggian yang suhunya mula bertambah di sekitar 20 � 25 km. Suhu di stratosfera berjulat dari �45o hingga �75oC. Kadar tukaran suhunya stabil (pada min, hampir isoterma). Ciri yang paling terserlah dalam pola edaran stratosfera ialah kemampatannya; walau bagaimanapun, apabila perubahan berlaku, ia terjadi dengan cepat. Kandungan udara stratosfera pada dasarnya sama dengan atmosfera bawah, dengan tambahan ozon. 2. Lapisan atmosfera yang menganjur ke atas dari tropopaus ke dasar termosfera, iaitu, ke aras suhu minimum pada ketinggian lebih kurang 70 atau 80 km. Dengan takrif ini, stratosfera termasuk mesosfera, ozonosfera, dan semua atau sebahagian daripada kemosfera. |
superheat | superpanas | Fizik | Haba | Keadaan bahan yang suhunya melebihi nilai yang diperlukan untuk mengekalkan fasa asal bahan tersebut. bd. superdingin. |
cold air | udara sejuk | Sains | Hidrometeorologi | Udara yang suhunya rendah atau agak rendah berbanding dengan suhu permukaan di bawahnya atau suhu udara lain. |
pergelisol | pergelisol | Geologi | Tiada | Lapisan tanih atau batuan yang suhunya selalu berada di bawah 0øC buat sekurang-kurangnya beberapa tahun. |
bath | kukusan/rendaman | Perubatan | Tiada | Radas berisi air, yang suhunya boleh dikawal untuk merendam sesuatu. |
bath | kukusan/rendaman | Kimia | Tiada | Radas berisi air, yang suhunya boleh dikawal untuk merendam sesuatu. |
automatic iron | seterika automatik | Sosiologi | Tiada | Seterika yang pelarasan suhunya dikawal secara automatik. |
warm cloud | awan panas | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Awan yang suhunya melebihi 0� yang hanya mengandungi titisan air. Awan ini terbentuk daripada pemeluwapan jisim udara lengas yang bergantung pada pergerakan udara menaik. |
thermocline | termoklin | Sains Marin | Tiada | Lapisan air yang cerun suhunya berubah dengan mendadak berbanding dengan lapisan di bahagian atas dan bawahnya. Termoklin menyebabkan stratifikasi turus air yang menghalang percampuran air di lapisan atas dan bawah. |