Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Kim) sj gas yg tidak berwarna (terdapat apabila sulfur terbakar dlm udara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist gas yg tidak berwarna, beracun, dan terhasil apabila sulfur terbakar dlm udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulfur dioksida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sulphur dioxide migrationpenghijrahan sulfur dioksidaKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerpindahan sulfur dioksida sejauh ratusan kilometer dalam arus angin dalam jangka masa tujuh hari sebelum mendap dan memberi kesan kepada alam sekitar.
sulphur dioxide poisoningkeracunan sulfur dioksidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada sulfur dioksida (formula kimia, SO2), iaitu gas tanpa warna dan mempunyai bau yang menyesakkan. Gejala keracunan ialah kerengsaan mata, hidung dan saluran pernafasan yang teramat. Had pendedahan dalam industri ialah 2 ppm.
flue gas desulfurisationnyahsulfur gas serombongKejuruteraanTiadaPenyingkiran sulfur dioksida daripada gas serombong, biasanya dengan menggunakan penyerap sulfur dioksida seperti batu kapur.
sulphur key pollutantspencemar utama sulfurKejuruteraanKejuruteraan KimiaPencemar udara yang terkandung di dalamnya unsur sulfur. Misalnya, sulfur dioksida (SO2), sulfur trioksida (SO3), hidrogen sulfida (H2S), dan merkaptan (R-SH). Pencemar sulfur dioksida berpunca daripada gas serombong dan ketuhar penjana kuasa, manakala pencemar sulfur trioksida berpunca daripada industri pembuatan asid sulfurik. Pencemar hidrogen sulfida pula berpunca daripada pemprosesan gas asli, industri kertas dan pulpa, dan pembakaran bahan api yang mengandungi unsur sulfur.
sulphur dioxidesulfur dioksidaKejuruteraanTiadaTiada
atmospheric pollutionpencemaran atmosferaKimiaTiadaPencemaran udara oleh bahan cemar seperti sulfur dioksida, karbon monoksida, atau habuk logam, yang berpunca daripada kegiatan perindustrian, pembakaran bahan api, dan sebagainya.
smogasbutKimiaTiadaKabut yang mengandungi bahan pencemar daripada industri seperti asap, sulfur dioksida, karbon dioksida, karbon monoksida, dan asid sulfurik.
gas pollutantspencemar gasKejuruteraanKejuruteraan KimiaGas atau wap berasid yang berbahaya kepada hidupan, seperti gas sulfur dioksida, SO2, sulfur trioksida, SO3, dan oksida nitrogen, NOx.
acid rainhujan asidPertanianAgroteknologiHujan yang mengandungi asid (pH rendah) akibat pelepasan gas seperti sulfur dioksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida ke udara yang bertindak balas dengan molekul air. Gas ini dibebaskan akibat aktiviti perindustrian, kenderaan dan pembakaran terbuka. Hujan asid boleh memudaratkan tanaman, binatang dan bangunan, dan menjadi isu alam sekitar .
point pollutionpencemaran tentuKejuruteraanTiadaPencemaran yang dilepaskan dari satu kawasan terhad atau tempat tertentu seperti pelepasan sulfur dioksida daripada paip tumpu atau pelepasan karbon monoksida daripada ekzos kereta.
123

Kembali ke atas