stand tide still | tikas mati pasang surut | Biologi | Ekologi | Sela masa pasang atau surutnya air laut apabila tiada perubahan yang nyata dalam ketinggian pasang surut. Aras air adalah tetap pada masa air pasang, dan air surut berlaku dalam masa yang singkat sahaja, tetapi perubahan aras pada waktu ini adalah sangat perlahan dan selalunya sangat sukar untuk dilihat. |
tidal wind | angin pasang surut | Sains | Hidrometeorologi | Bayu silir yang berlaku ketika cuaca tenang di ceruk-ceruk yang pasang surutnya kuat; ia bertiup ke pantai bersama-sama air pasang dan bertiup ke laut bersama-sama air surut. |
tide-producing force | daya penghasil pasang surut | Sains | Hidrometeorologi | Perbezaan tempatan yang sedikit antara tarikan graviti dua jasad astronomi dan daya emparan yang memisahkan jasad tersebut. Daya ini tepat sama dan bertentangan pada pusat graviti salah satu jasad, tetapi, oleh sebab tarikan graviti berkadaran songsang dengan ganda dua jarak, ia berubah dari titik ke titik di permukaan jasad. Oleh sebab, tarikan draviti ketara terdapat di permukaan titik paling hampir dengan jasad yang satu lagi, sementara penolakan emparan ketara di permukaan titik terdapat paling jauh dari jasa yang satu lagi. Dengan itu terdapat dua kawasan yang daya penghasil pasang surutnya adalah maksimum, dan biasanya terdapat dua pasang surut setiap hari qamari dan hari suria. |