strip search | pemeriksaan tanggal | Kriminologi | Tiada | Pemeriksaan fizikal terhadap suspek yang ditahan polis dengan menanggalkan semua pakaian suspek untuk mencari barang terlarang atau bahaya seperti dadah dan senjata. |
pat-down search | pemeriksaan tepuk | Kriminologi | Tiada | Pemeriksaan fizikal oleh polis terhadap suspek yang ditahan dengan menepuk bahagian luar atau pada pakaian suspek untuk mencari barang terlarang atau bahaya seperti dadah dan senjata. |
suspect | suspek | Kejururawatan | Tiada | Individu yang mempunyai sejarah perubatan dan simptom yang menunjukkan kemungkinan akan menghidapi sesuatu penyakit. |
GS | GS | Sains Forensik | Tiada | Genotip bagi suspek. GS merupakan simbol yang digunakan dalam pengiraan nisbah kebolehjadian dalam interpretasi bukti DNA. |
composite drawing | lukisan komposit | Sains Forensik | Tiada | Lakaran suspek yang dihasilkan daripada gambaran saksi. |
prosecution hypothesis | hipotesis pendakwaan | Sains Forensik | Tiada | Hipotesis yang mengandaikan bahawa suspek yang mempunyai profil DNA yang sepadan adalah pelaku jenayah. Hipotesis pendakwaan bercanggah dengan hipotesis pembelaan. Simbol HP. |
intrusive search | pemeriksaan intrusif | Kriminologi | Tiada | Pemeriksaan fizikal oleh polis terhadap suspek untuk memastikan tiada barang terlarang atau bahaya disorokkan di dalam tubuh atau rongga tubuh. |
intimate search | pemeriksaan dalaman | Kriminologi | Tiada | Pemeriksaan fizikal di bahagian kemaluan atau dubur terhadap suspek yang ditahan polis. |
DNA databanks | bank data DNA | Sains Forensik | Tiada | Pangkalan data yang menyimpan profil DNA. Bank data DNA forensik terdiri daripada profil DNA daripada pelbagai golongan seperti banduan, suspek jenayah berat, penderma awam atau bahan DNA yang tidak diketahui pemiliknya. |
criminal profiling | pemprofilan jenayah | Sains Forensik | Tiada | Kaedah pemerhatian yang dilakukan di tempat kejadian jenayah dan corak jenayah tersebut untuk menentukan ciri-ciri pesalah. Kaedah ini dapat membantu pihak polis mengecilkan skop suspek yang dicari dan membolehkan pihak polis merancang strategi untuk soal siasat. |